Darurat Sarawak tamat Februari 2022

Sebaran :

Darurat Sarawak tamat Februari 2022

Sarawak junjung Proklamasi Darurat

Proklamasi Darurat Sarawak seperti diperkenan Yang di-Pertuan Agong, Al-Sultan Abdullah Ri’ayatuddin Al-Mustafa Billah Shah selaras dengan pendirian kerajaan negeri untuk memastikan kehidupan rakyat terus terjaga dan terbela.

Ketua Menteri, Datuk Patinggi Abang Johari Abang Openg berkata, pendirian kerajaan negeri itu adalah menjaga keselamatan dan kebajikan rakyat serta menegakkan amalan demokrasi berparlimen di negeri ini.

Beliau berkata, dengan pengisytiharan itu, Pilihan Raya Negeri Ke-12 (PRN-12) dapat ditangguhkan sehingga data saintifik daripada Kementerian Kesihatan (KKM) serta agensi berkaitan memberi jaminan COVID-19 tidak lagi memudaratkan keselamatan rakyat.

Katanya, seluruh jentera pentadbiran dan rakyat negeri ini mengucapkan terima kasih kepada Yang di-Pertuan Agong atas kebijaksanaan baginda memastikan PRN-12 hanya boleh diadakan apabila pandemik dapat dikawal.

“Bagi memastikan amalan demokrasi berparlimen dipelihara, kita perlu memperoleh semula mandat daripada rakyat Sarawak sebaik saja keadaan pandemik mengizinkan.

“Justeru, mengikut ordinan, Darurat ini akan tamat pada 2 Februari 2022 atau boleh ditamatkan lebih awal oleh Yang di-Pertuan Agong selepas menimbangkan pandangan daripada Kerajaan Sarawak,” katanya dalam kenyataan, hari ini.

Yang di-Pertuan Agong, Al-Sultan Abdullah Ri’ayatuddin Al-Mustafa Billah Shah berkenan mengisytiharkan Proklamasi Darurat di seluruh Sarawak bermula Isnin ini hingga 2 Februari tahun depan, sekali gus menggantung pilihan raya negeri (PRN) daripada diadakan dalam tempoh berkenaan.

Dalam satu warta Kerajaan Persekutuan bertarikh 30 Julai, baginda berpuas hati darurat besar iaitu wabak COVID-19 yang sedang berlaku menyebabkan keselamatan, kehidupan ekonomi dan ketenteraman awam terancam.

Abang Johari berkata, berpandukan peruntukan undang-undang itu, mandat daripada rakyat dijamin akan diperoleh dengan segera, sebaik saja pandemik dapat dikawal dan keadaan mengizinkan.

Sehubungan itu katanya, rakyat Sarawak menjunjung kasih terhadap Yang di-Pertuan Agong dan menyokong Proklamasi Darurat dan juga Ordinan Darurat bagi Sarawak yang berkuatkuasa 2 Ogos ini sehingga 2 Februari tahun depan. BH

Darurat Sarawak tamat Februari 2022


Baca Artikel Menarik :

Layari Laman Facebook MYKMU


Buktikan sokongan majoriti di Parlimen jalan terakhir PM


Sebaran :

Leave a Reply