Covid-19 : 17786 kes baharu, makin menjadi

Sebaran :

Covid-19 : 17786 kes baharu, makin menjadi

Kementerian Kesihatan melaporkan 17,786 kes baharu Covid-19, menjadikan keseluruhan jangkitan meningkat kepada 1,113,272 kes setakat ini.

Jangkitan Covid-19 hari ini mencecah rekod tertinggi baru 17,786 kes dengan tanda-tanda virus itu mula merebak secara agresif di luar Lembah Klang.

Ini menjadikan kes kumulatif sebanyak 1,11,272 kes, maklum KKM.

Sebanyak empat negeri dan wilayah persekutuan mencatat jangkitan baru melebihi empat angka – satu trend yang pada masa lalu kebanyakannya cuma terlihat di Lembah Klang.

Selain Selangor dan Kuala Lumpur, negeri-negeri yang menyaksikan lebih daripada 1,000 kes termasuk Kedah (1,389 kes), Johor (1,144 kes) dan Sabah (1,035 kes).

Menghampiri ambang kes empat angka ialah Negeri Sembilan (929 kes) dan Terengganu (883 kes).

Pecahan setiap negeri (Kumulatif):

Selangor – 6,400 (407,419)
WPKL – 1,962 (123,027)
Johor – 1,144 (90,683)
Sabah – 1,035 (84,721)
Sarawak – 485 (76,728)
Negeri Sembilan – 929 (71,491)
Pulau Pinang – 713 (45,833)
Kedah – 1,389 (45,631)
Kelantan – 580 (42,994)
Perak – 775 (37,679)
Melaka – 697 (31,366)
Pahang – 653 (24,436)
Terengganu – 883 (16,948)
WP Labuan – 9 (9,661)
WP Putrajaya – 116 (3,951)
Perlis – 16 (704)

Terkini. 31 Julai 2021. Jumlah kes COVID-19 yang dilaporkan adalah 17,786 kes

Berita lanjut menyusul

Jika anda mengalami kemurungan dan tekanan hubungi:

MHPSS di 03-29359935 atau 014-3223392
Talian Kasih 15999 / WhatsApp Talian Kasih di 019-2615999 (Bagi pelbagai bantuan aduan keganasan rumahtangga dan pelbagai lagi masalah seperti penderaan);
KSK-Care JAKIM di WhatsApp 011-19598214
Befrienders Kuala Lumpur di talian 03-76272929

Covid-19 : 17786 kes baharu, makin menjadi


Baca Artikel Menarik :

Layari Laman Facebook MYKMU

Buktikan sokongan majoriti di Parlimen jalan terakhir PM


Sebaran :

Leave a Reply