Jaminan Hishammuddin legakan rakyat, semua parti diingatkan jangan bermain politik

Sebaran :

Penegasan Datuk Seri Hishammuddin Tun Hussein mengenai jaminan 40 ahli Parlimen Barisan Nasional (BN) kekal menyokong kerajaan, melegakan hati rakyat.

Felo Kanan Majlis Profesor Negara, Dr. Jeniri Amir berkata, berdasarkan sokongan pelbagai pihak termasuk Sabah dan Sarawak kepada kerajaan, bukan sahaja melegakan rakyat, tetapi dapat menstabilkan keadaan politik negara.

Kata beliau, ini akhirnya membolehkan kerajaan memberi tumpuan terhadap segala inisiatif untuk menangani Covid-19 dan usaha meningkatkan kadar vaksinasi lebih pantas lagi bagi mencapai imuniti kelompok.

Justeru, beliau berkata, jalan terbaik kepada semua pihak supaya tidak bermain politik dan parti pembangkang khususnya tidak memberi tekanan melalui langkah-langkah yang dianggap boleh kucar-kacir keadaan atau cuba menangguk di air keruh dengan memanipulasi situasi demi keuntungan politik mereka.

“Tumpuan semua pihak ialah mengelak daripada bermain politik, sebaliknya memberi fokus kepada usaha bagaimana kita dapat keluar daripada belenggu masalah yang memberi kesan besar kepada ekonomi negara dan rakyat keseluruhannya.

“Para pemimpin politik termasuk wakil rakyat harus guna kearifan dan kebijaksanaan mereka menepis kepentingan politik kepartian, sebaliknya meletakkan kepentingan rakyat dan negara melangkaui kepentingan peribadi, puak atau ideologi politik masing-masing demi survival negara seluruhnya,” katanya dalam kenyataan hari ini.

Semalam, Hishammuddin yang juga Bendahari Agung BN itu menegaskan, BN dan UMNO tetap menyokong kerajaan sedia dan pendiriannya senada dengan pendirian BN dan UMNO yang diumumkan Timbalan Perdana Menteri, Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob.

Sebelum ini, Ismail Sabri menyatakan bahawa kerajaan PN yang dipimpin oleh Perdana Menteri, Tan Sri Muhyiddin Yassin masih mendapat sokongan melebihi 110 ahli Parlimen.

Ismail Sabri yang juga Ketua Whip Kerajaan memaklumkan, situasi semasa politik negara dalam keadaan tidak stabil boleh menjejaskan usaha kerajaan menyelesaikan masalah ekonomi dan memerangi pandemik Covid-19.

Jaminan Hishammuddin legakan rakyat, semua parti diingatkan jangan bermain politik


Baca Artikel Menarik :

Layari Laman Facebook MYKMU


Buktikan sokongan majoriti di Parlimen jalan terakhir PM

 


Sebaran :

Leave a Reply