Kejatuhan ringgit membawa kebaikkan kepada ekonomi negara – Rafizi Ramli

Beliau berkata demikian dalam sidang akhbar selepas menghadiri Sesi Libat Urus Kajian Separuh Penggal Rancangan Malaysia Ke-12 2021-2025 di Majlis Bandaraya Iskandar Puteri, di sini hari ini.

Tambah Rafizi, kejatuhan nilai ringgit ketika ini bagaimanapun turut membawa kebaikan kepada ekonomi negara seperti peningkatan keuntungan sektor minyak yang mana ‘pricing’ (penetapan harga) komoditi itu adalah dalam dolar Amerika.

“Lebih tinggi harga minyak dan penurunan ringgit, lebih banyak duit kita dapat tetapi bagi eksport adalah sebaliknya. Jadi, kita akan terus memantau situasi tapi setakat ini tiada sebarang keperluan untuk menyemak semula unjuran yang dibuat,” jelasnya



Kerajaan yakin kejatuhan nilai ringgit sejak kebelakangan ini tidak akan menjejaskan unjuran pertumbuhan ekonomi negara yang dianggar pada tahap empat hingga lima peratus, tahun ini.

Menteri Ekonomi, Rafizi Ramli bagaimanapun berkata, kerajaan akan terus memantau perkembangan mata wang tempatan itu.

Menurut beliau, penyusutan nilai ringgit dua minggu ini banyak dipengaruhi perbincangan mengenai had siling hutang Amerika Syarikat (AS) yang sekali gus mempengaruhi sentimen pasaran.

“Setakat ini terlalu awal untuk menetapkan bahawa kejatuhan mata wang ringgit untuk satu dua minggu ini akan ada kesan kepada unjuran pertumbuhan ekonomi negara.



“Kita kena tunggu data perdagangan dan ekonomi bulan depan sehingga dua bulan lagi kerana yang mempengaruhi unjuran pertumbuhan bukan sahaja kadar nilai ringgit tetapi lebih kepada aktiviti perdagangan seperti eksport, import, harga minyak dan sebagainya,” katanya.

 

Kongsikan kepada keluarga dan rakan anda

Baca Artikel Menarik:



Layari Laman Facebook MYKMU.NET

Bunuh Skandal Sebab Hamil, Teman Wanita Sifatkan Suspek Seorang Yang Baik

Pelajar Ini Selamba Tanya PMX Bila e-Belia Akan Masuk (Video)



Hanya dua minggu kecapi bahagia sebagai suami isteri (Video)

Syatilla Melvin beri amaran kepada penyondol (Video)



Related Articles

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Back to top button

Adblock Detected

Please consider supporting us by disabling your ad blocker