Binance kendali bursa aset digital secara haram

Binance kendali bursa aset digital secara haram – SC

Suruhanjaya Sekuriti Malaysia (SC) mengambil tindakan penguatkuasaan terhadap Binance Holdings Limited (Binance) kerana mengendalikan bursa aset digital (DAX) secara haram.

SC dalam satu kenyataan berkata, satu celaan awam dikeluarkan terhadap Binance yang didaftarkan di Kepulauan Cayman kerana terus beroperasi secara haram walaupun sudah dimasukkan ke dalam Senarai Peringatan Pelabur SC pada Julai 2020.

Selain itu katanya, celaan awam turut diberikan kepada Ketua Pegawai Eksekutif Binance, Zhao Changpeng dan tiga entiti Binance yang lain iaitu Binance Digital Limited (didaftarkan di United Kingdom), Binance UAB (didaftarkan di Lithuania) dan Binance Asia Services Pte Ltd (didaftarkan di Singapura).

“Semua pengendali DAX mestilah didaftarkan dengan SC sebagai Pengendali Pasaran yang Diiktiraf (RMO) seperti yang tertakluk di bawah seksyen 7(1) dan 34(1) Akta Pasaran Modal dan Perkhidmatan 2007,” katanya.

Badan pengawal selia itu juga turut memerintahkan keempat entiti Binance untuk menyahupayakan laman web Binance (www.binance.com) dan aplikasi mudah alih di Malaysia dalam tempoh 14 hari bekerja bermula 26 Julai 2021.

Mereka juga katanya perlu segera menghentikan semua aktiviti media dan pemasaran, termasuk mengedarkan, menerbitkan atau menghantar iklan dan atau bahan pemasaran lain, sama ada melalui e-mel atau sebagainya kepada pelabur Malaysia.

Pelabur Malaysia juga katanya perlu dihalang daripada mengakses kumpulan Telegram Binance.

“Ketua Pegawai Eksekutif Binance juga telah diperintahkan secara khusus untuk memastikan bahawa arahan di atas dilaksanakan.

“Pelabur dinasihatkan agar berhenti berurusan dan melabur melalui DAX yang tidak sah.

“Mereka yang kini mempunyai akaun dengan Binance digesa agar segera menghentikan dagangan melalui platformnya dan menarik balik semua pelaburan mereka,” katanya.

SC turut meminta orang ramai segera memaklumkan kepada SC jika mendapati terdapat laman web yang mencurigakan atau menerima panggilan telefon serta emel menawarkan nasihat dan peluang pelaburan. BH

Binance kendali bursa aset digital secara haram


Baca Artikel Menarik :

Layari Laman Facebook MYKMU


Muhyiddin berundurlah secara terhormat – Najib Razak

Related Articles

Check Also
Close
Back to top button

Adblock Detected

Please consider supporting us by disabling your ad blocker