Bekas Pemain Dram Slipknot Meninggal Dunia Dalam Tidur

Bekas Pemain Dram Slipknot Meninggal Dunia Dalam Tidur

Bekas pemain dram kumpulan nu metal dan heavy metal popular, Slipknot iaitu Joey Jordison meninggal dunia ketika dalam tidur pada usia 46 tahun, Isnin lalu.

Keluarga Jordison mengesahkan perkara itu kepada media antarabangsa menerusi kenyataan rasmi yang dikeluarkan.

“Kami dengan sedih ingin memaklumkan bahawa Joey Jordison, meninggal dunia dengan tenang dalam tidur, Isnin lalu.

“Pemergiannya menjadi satu kehilangan besar buat kami seluruh keluarga,” katanya dalam satu kenyataan hari ini.

Jordison adalah pengasas Slipknot bersama pemain bass, Paul Gray dan pemain perkusi, Shawn Crahan yang menubuhkan kumpulan itu di Des Moines, Iowa, Amerika Syarikat pada 1995.

Nama Slipknot memuncak pada 1999 menerusi album sulung berjudul Slipknot dan pernah mengadakan festival muzik Slipknot pada 2012.

Bagaimanapun, pada 2013 Jordison disingkirkan daripada Slipknot sebelum mereka merakamkan album kelima, 5: The Gray Chapter.

Tiga tahun kemudian, Jordison mengumumkan mengenai penyakit saraf yang dihidapinya dan meluahkan rasa kecewanya apabila namanya digugurkan daripada kumpulan itu hanya menerusi emel.-Billboard.com

Bekas Pemain Dram Slipknot Meninggal Dunia Dalam Tidur


Baca Artikel Menarik :

Layari Laman Facebook MYKMU


Siti Nordiana buat laporan polis

Buka parlimen: Kuasa atau rakyat? [VIDEO]

Related Articles

Back to top button

Adblock Detected

Please consider supporting us by disabling your ad blocker