Soalan mudah pun tunggu Isnin nak jawab

Soalan mudah pun tunggu Isnin nak jawab

“Dah makan belum?”

Biasanya nak jawab soalan ini tak perlu masa satu saat.

“Mak kamu bersetuju kamu main bola dengan kita petang ini?

Soalan itu pun perlu paling lama 2 saat untuk balas.

Tapi soalan berikut sangat sukar untuk jawab.

Perlu tunggu tempoh tidak kurang daripada 6 hari sebelum jawab.

“YDP Agong dah beri perkenan untuk batal Ordinan Darurat tak?”

Menteri kata kena tunggu hingga hari Isnin untuk jawab. Sekarang tak boleh jawab. Kita kena ikut jadual.

Speaker pun bersetuju. Kata tak perlu jawab sekarang. Kena tunggu hingga Isnin seperti dijadualkan.

Ya. Biasanya nak jawab soalan seperti ini, tak perlu lebih daripada satu atau dua saat maximum.

Namun, ianya amat adil untuk tanya soalan ini.

Sebab menteri sendiri yang umum pada dewan bahawa ordinan darurat sudah batal sejak 21 Julai.

Dengan itu, tiada keperluan lagi untuk bahas dan undi ordinan-ordinan darurat seperti dititah YDP Agong.

Jika tiada undian maka kerajaan tak berisiko disahkan tiada majoriti sekiranya usul tidak lulus,

Jadi, orang pun tanya jika YDP Agong dah perkenan pembatalan ordinan darurat sebab YDP Agong juga yang memberi perkenan untuk isytiharkan darurat.

Tapi, kenapa pula kena tunggu hingga hari Isnin?

Kenapa bukan hari ini, esok atau Khamis? Jumaat pun boleh.

Kenapa perlu tunggu hingga Isnin 2 Ogos 2021?

Sebab sekiranya dia jawab pada hari Isnin bahawa YDP Agong sebenarnya tak pernah beri perkenaan untuk batalkan ordinan darurat sebelum penuh tempoh, pun tak apa.

Sebab hari Ahad adalah last day Darurat. Hari Isnin pula last day sesi parlimen khas kali ini.

Tak perlu dan tak ada masa lagi untuk bahas dan undi ordinan-ordinan darurat.

Kena tunggu hingga sidang parlimen bulan September.

Kerajaan PN pun selamat sehingga bulan September.

Lega sikit, depa. Najib Razak

Jika anda mengalami kemurungan dan tekanan hubungi:

MHPSS di 03-29359935 atau 014-3223392
Talian Kasih 15999 / WhatsApp Talian Kasih di 019-2615999 (Bagi pelbagai bantuan aduan keganasan rumahtangga dan pelbagai lagi masalah seperti penderaan);
KSK-Care JAKIM di WhatsApp 011-19598214
Befrienders Kuala Lumpur di talian 03-76272929

Soalan mudah pun tunggu Isnin nak jawab


Baca Artikel Menarik :

Layari Laman Facebook MYKMU


PM cirit-birit boleh umum, kenapa ordinan darurat tidak?

Related Articles

Back to top button

Adblock Detected

Please consider supporting us by disabling your ad blocker