Pembatalan Darurat, adakah PM telah nasihat Agong?
Pembatalan Darurat, adakah PM telah nasihat Agong?
Adakah PM telah nasihat Agong untuk batalkan Ordinan Darurat?
Ahli Parlimen Pasir Gudang, Hassan Karim mempersoalkan apakah Perdana Menteri, Muhyiddin Yassin telah menasihati Yang di-Pertuan Agong sebelum membatalkan Ordinan Darurat tanpa dibawa melalui parlimen.
“Adakah perdana menteri telah menasihati Yang di-Pertuan Agong supaya membatalkan Ordinan-Ordinan Darurat tersebut?
“Kalau jawapannya ya, persoalan berikutnya, adakah Yang di-Pertuan Agong telah menandatangani sebarang dokumen atau surat memberi perkenan baginda terhadap pembatalan Ordinan-Ordinan Darurat tersebut?” katanya dalam kenyataan.
Menteri di Jabatan Perdana Menteri (Parlimen dan Undang-undang), Takiyuddin Hassan semalam mengejutkan Dewan Rakyat apabila mengumumkan kerajaan telah membatalkan enam Ordinan Darurat yang berkuatkuasa pada 21 Julai tanpa dibawa ke parlimen.
Pembatalan berkenaan yang menurut Perlembagaan Persekutuan seharusnya dilakukan melalui parlimen, dilihat mempunyai implikasi serius.
Hassan juga mempersoalkan bilakah pembatalan ordinan-ordinan darurat tersebut telah diwartakan di dalam warta kerajaan.
Ordinan Darurat, antara lain menaikkan hukuman maksimum bagi kesalahan di bawah Akta Pencegahan dan Pengawalan Penyakit Berjangkit dari RM1,000 hingga RM50,000.
Hassan berkata sekiranya Takiyuddin didapati mengelirukan parlimen, dia perlu mengambil ‘tindakan terhormat’ dan bermaruah dengan meletakkan jawatan.
“Jika enggan maka, paling tidak de facto Menteri Undang-Undang itu perlu dirujuk kepada Jawatankuasa Hak dan Kebebasan Parlimen untuk diambil tindakan,” katanya.
Katanya lagi, sekiranya Yang di-Pertuan Agong tidak dimaklumkan, tidak dirundingi dan tidak diminta perkenan baginda untuk pembatalan Ordinan-Ordinan Darurat tersebut, maka ia merupakan pelanggaran perlembagaan oleh perdana menteri dan seluruh jemaah menteri.
“Jika itu yang sebenanya berlaku, maka di bawah prinsip tanggungjawab bersama jemaah menteri, maka jalan terhormat dan bermaruah yang perlu diambil oleh jemaah menteri dan perdana menteri tidak lain dan tidak bukan, hanya satu iaitu meletakkan jawatan,” tegasnya. Mk
Pembatalan Darurat, adakah PM telah nasihat Agong?
Baca Artikel Menarik :
- PN hilang kuasa bila batal ordinan darurat
- Doktor kontrak bukan masalah ketika pentadbiran saya, Najib
- Mencelah bukan cara saya, tunggu Rabu ini- Najib
- Netizen Dakwa PA Ebit Lew Seorang Pedofil?
- Resepi Mee Rebus Daging Sedap Betul
- Che Ta kutuk baju kontinjen Olimpik Malaysia