Najib persoal status keabsahan kerajaan

Najib persoal status keabsahan kerajaan. Bekas Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak mempersoalkan tentang status kesahihan dan keabsahan kerajaan dari segi undang-undang ketika ini ekoran pembatalan semua Ordinan Darurat.

Ahli Parlimen Pekan itu berkata, pembatalan enam Ordinan Darurat termasuk ordinan utama iaitu ordinan induk menimbulkan kesangsian terhadap kesahihan dan keabsahan kerajaan sejak 21 Julai hingga 1 Ogos ini.

Menurutnya, sejak tarikh itu enam ordinan dikatakan telah dibatalkan sehingga tarikh Proklamasi Darurat tamat.



Katanya, perkara itu antara tiga persoalan utama yang timbul yang perlu dijawab secepat mungkin oleh kerajaan.

“Persoalannya juga sama ada proses undang-undang telah diamalkan atau dilakukan (dalam perkara ini kerana) apa-apa pembatalan Ordinan Darurat mesti mendapat limpah perkenan Yang di-Pertuan Agong dan digazet. Ini tidak diperjelaskan.

“Seterusnya sama ada pembatalan Ordinan Darurat ini boleh dibuat secara ‘backdated’ atau diterkebelakangkan sama ada ini boleh dilakukan sebab implikasinya terhadap apa-apa tindakan yang diambil oleh pihak berkuasa selepas 21 Julai itu mungkin boleh dipersoalkan atau pun terbatal dari segi undang-undang,” katanya.

Beliau berkata demikian pada sidang media di sidang khas hari kedua Dewan Rakyat pada Selasa.



Dalam sidang khas Dewan Rakyat hari pertama pada Isnin, kerajaan mengumumkan keputusan tidak menasihati Yang di-Pertuan Agong untuk mengisytiharkan Proklamasi Darurat baharu apabila darurat tamat pada 1 Ogos ini.

Menteri di Jabatan Perdana Menteri (Parlimen dan Undang-Undang), Datuk Seri Takiyuddin Hassan berkata, kerajaan juga bersetuju untuk membatalkan semua Ordinan Darurat yang telah dibuat semasa Proklamasi Darurat sebelum ini.

Mengulas lanjut, Najib berkata, beliau secara peribadi berpendapat, kenyataan Takiyuddin semalam amat mengelirukan rakyat dan Dewan Rakyat.

“Penjelasan yang tepat, terperinci dan sejelas-jelasnya perlu dilakukan sebelum ia menimbulkan begitu banyak persoalan dalam kalangan rakyat dan ahli-ahli Parlimen,” katanya.



Menyentuh tentang pembatalan ordinan itu mengikut undang-undang, beliau menegaskan ia perlu bermula dengan tindakan Kabinet menasihatkan Yang Dipertuan Agong untuk berbuat demikian.

“Kemudian, sekiranya Seri Paduka Baginda memperkenankannya, ia akan digazetkan dan baharulah ia lengkap dari segi proses undang-undang.

“Ini pernah kita lakukan. Zaman saya dulu pun, undang-undang darurat yang kita batalkan mengikut proses ini. Ia (pembatalan ordinan) juga perlu dibentangkan di kedua-dua dewan (Dewan Rakyat dan Dewan Negara),” katanya.

Najib persoal status keabsahan kerajaan



 


Baca Artikel Menarik :

Layari Laman Facebook MYKMU


Kalau darurat batal, tiada guna kita bincang di Dewan Rakyat



 

Related Articles

Leave a Reply

Back to top button

Adblock Detected

Please consider supporting us by disabling your ad blocker