Bomba selamatkan wanita cuba terjun dari bangunan

Bomba selamatkan wanita cuba terjun dari bangunan

Bomba berjaya menyelamatkan seorang wanita yang dipercayai cuba terjun dari tingkat 14 sebuah residensi di Apartment Pelangi Damansara, Petaling Jaya hari ini.

Wanita berusia 30-an itu yang bertindak mengunci grill dan pintu depan sebelum dipercayai mahu terjun melalui tingkap.



Menurut kenyataan dari Balai Bomba dan Penyelamat (BBP) Damansara, pihak mereka menerima panggilan kecemasan berhubung kejadian itu pada jam 1.42 tengah hari.

Difahamkan, mangsa bagaimanapun berjaya diselamatkan sebelum diserahkan kepada polis untuk tindakan lanjut. Usaha menyelamatkan turut melibatkan BBP Shah Alam.

“BBP Shah Alam membantu kerja-kerja memasang ‘air cushion’ dan membantu kerja memasang tali menyelamat di tingkat 16 dan anggota bersedia untuk memecahkan pintu gril dan pintu utama, mangsa berjaya diselamatkan,” menurut kenyataan.

Orang ramai dialu-alukan membuat aduan sekiranya berhadapan masalah ketidakstabilan emosi.



Mereka boleh berkongsi masalah atau dilema yang dihadapi kepada para sukarelawan terlatih di Befrienders.

Befrienders adalah sebuah pertubuhan bukan berasaskan keuntungan yang menyediakan khidmat sokongan emosi 24 jam sehari, 7 hari seminggu, kepada mereka yang mengalami kemurungan dan mempunyai niat untuk membunuh diri.

Befrienders boleh dihubungi di talian 03-7956 8145/8144 secara percuma atau e-mel kepada [email protected] untuk bantuan. FMT

Bomba selamatkan wanita cuba terjun dari bangunan




Baca Artikel Menarik :

Layari Laman Facebook MYKMU


TMJ label Syed Saddiq drama queen



Related Articles

Back to top button

Adblock Detected

Please consider supporting us by disabling your ad blocker