Pertahan diri di mahkamah, saya mohon petunjuk Allah – Caprice

Sebaran :

Pertahan diri di mahkamah, saya mohon petunjuk Allah – Caprice

KUALA LUMPUR – Penyanyi rap, Caprice tidak lagi mahu memanjangkan isu yang terkait antara dirinya bersama pendakwah bebas Ustaz Ebit Lew dan juga Presiden Persatuan Cinta Gaza Malaysia, Muhammad Nadir Al Nuri Kamaruzzaman.

Menerusi hantarannya di laman Instagram hari ini, Caprice atau nama sebenarnya Ariz Ramli menyatakan tidak pernah menipu dengan apa yang telah diisampaikan sebelum ini.

“Sesiapa yang saya juma sebelum ini sama ada, JAIS (Jabatan Agama Islam Selangor), JAKIM (Jabatan Kemajuan Islam Malaysia), wakil rakyat, pelajar dan ke mana pun sama pergi, saya kongsikan apa visi saya untuk ummah.

“Sebagai individu, saya banyak buat dosa dan banyak lagi kena belajar tentang agama.

“Saya harap anda semua tahu, saya tak akan menipu atau sebar fitnah apabila ia berkait dengan JAKIM dan umat Islam,” katanya.

Dalam hantaran sama, Caprice sekali lagi memohon maaf selain menyatakan sentiasa menyokong Ebit.

“Saya minta maaf dengan cara saya… waktu itu terlalu emosi tetapi selama ni kita memang bagi sokongan 300 peratus kepada Tuan Nadir di Gaza dan Ebit Lew.

“Saya doa untuk Ebit dan tim Ebit walaupun misi kita ke Gaza sangat berbeza, jika kita tidak tenang sesama kita, apa lagi di Palestin?” soalnya.

Jelas Caprice lagi, sepanjang berada di Mesir, dia sentiasa mendapatkan pandangan daripada ulama dan beberapa ustaz tentang perjalanannya.

“Alhamdulillah, walaupun semua tegur cara saya tapi tetap minta saya teruskan dengan misi dan perjuangan kita.

“Sebelum naik kapal terbang lagi, ketua misi sudah bagi tahu awal-awal, itu tempat perang ada risiko yang kita tak akan pulang.

“Sebelum naik kapal terbang pun, saya berniat dan sedia untuk rugi dunia janji tak rugi akhirat dan hari ni, kita sudah rasa benda tu,” katanya lagi.

Caprice juga akan terus berjuang untuk mencapai diplomasi, keamanan dan ihsan bukan hanya untuk Palestin malah seluruh dunia.

“Saya akan pertahankan mereka yang ditindas tanpa mengira bangsa dan agama. Ini perjalanan paling sukar untuk hijrah dan ibadah dan akan teruskan hingga nafas terakhir,” katanya.

Terdahulu, menerusi media sosialnya, Ebit hari ini juga menjawab fitnah ke atas dirinya turut menyebut Caprice beremosi dan adakalamya seperti berhalusinasi.

Ebit cuba membantu menenangkan Caprice tetapi penyanyi itu didakwanya enggan bersalaman malah tidak mahu bercakap dengannya. MG

Pertahan diri di mahkamah, saya mohon petunjuk Allah – Caprice


Baca Artikel Menarik :

Layari Laman Facebook MYKMU


Bayaran pertama KWSP i-Citra mulai 2 dan 5 Ogos


Sebaran :

Leave a Reply