Dah janji vaksin percuma, kenapa buat U-turn

Sebaran :

Dah janji vaksin percuma, kenapa buat ‘U-turn’, soal Rafidah

Rafidah Aziz sekali lagi mempertikaikan keputusan membenarkan penjualan 14 juta dos vaksin Sinovac kepada negeri dan pihak swasta.

Merujuk laporan Bernama tahun lalu, Rafidah berkata Perdana Menteri ketika itu menyatakan vaksin Covid-19 akan diberikan secara percuma kepada rakyat, manakala warga asing pula perlu membayarnya.

Bagaimanapun, pada Februari Putrajaya dilaporkan menawarkan vaksin percuma untuk pekerja asing bawah Program Imunisasi Covid-19 Kebangsaan (PICK) termasuk bagi diplomat, ekspatriat, pelajar dan pemegang kad pelarian Suruhanjaya Tinggi Pertubuhan Bangsa-bangsa Bersatu bagi Pelarian (UNHCR).

“Ini yang dikatakan perdana menteri kepada rakyat pada November 2020. Pada yang tidak percaya, saya memang membaca dan ingat.

“Kenapa buat pusingan U sekarang membenarkan mana-mana syarikat menjual vaksin?” soal bekas menteri perdagangan antarabangsa dan industri itu di Facebook.

Kenyataan itu dibuat beberapa jam selepas Menteri Penyelaras Program Imunisasi Covid-19 Kebangsaan, Khairy Jamaluddin, berkata pembabitan sektor swasta memang menjadi sebahagian daripada perancangan kerajaan sebaik bekalan vaksin yang mencukupi telah diperoleh.

Katanya, ini bagi mempercepatkan kadar vaksinasi di negara ini.

Dua hari lalu, Rafidah mendesak Jawatankuasa Jaminan Akses Bekalan Vaksin Covid-19 (JKJAV) menjelaskan keputusan membenarkan 14 juta dos Sinovac dijual kepada negeri dan pihak swasta.

Katanya, rakyat tidak wajar membayar untuk “sesuatu yang sepatutnya percuma.”

Kenyataan itu susulan pengumuman bahawa Pharmaniaga Bhd akan menjual vaksin berkenaan kepada negeri dan syarikat swasta yang berminat mulai bulan ini sehingga September.

Syarikat farmaseutikal itu diberi lampu hijau berbuat demikian oleh JKJAV.

Terdahulu, Khairy berkata syarikat farmaseutikal dengan akses bekalan vaksin boleh menawarkannya di pasaran swasta, bulan depan, dengan harga siling ditetapkan bagi memastikan tidak dijual pada harga terlalu tinggi. FMT

Dah janji vaksin percuma, kenapa buat U-turn


Baca Artikel Menarik :

Layari Laman Facebook MYKMU


TMJ label Syed Saddiq drama queen


Sebaran :

Leave a Reply