279 kenderaan ‘gagal’ masuk Melaka
279 kenderaan ‘gagal’ masuk Melaka. Lebih 250 buah kenderaan dipercayai cuba menyelinap masuk ke negeri ini bagi menyambut Hari Raya Aidiladha di kampung halaman masing-masing sebelum diarahkan berpatah balik di sekatan jalan raya (SJR) Plaza Tol Ayer Keroh, sejak semalam.
Pegawai Turus Ketenteraman Awam Ibu pejabat Polis Kontinjen (IPK) Melaka, Deputi Superintenden Nik Ab. Halim Nikmat berkata, secara keseluruhan sebanyak 1,857 buah kenderaan diperiksa dengan 279 daripadanya diarahkan berpatah balik.
Jelasnya, kesemua yang tidak dibenarkan meneruskan perjalanan memberikan pelbagai alasan tidak munasabah termasuk ingin memeriksa stok gudang dan mendaftar suntikan vaksin.
“Ada yang membawa dokumen kebenaran Kementerian Perdagangan Antarabangsa dan Industri (MITI) dan menyatakan ingin memeriksa stok di gudang, namun kenderaan dinaikinya adalah jenis persendirian dan bukan milik syarikat.
“Ada juga memberitahu ingin masuk ke Melaka semata-mata untuk mendaftar suntikan vaksin setelah membatalkan slot temu janji asal di negeri tempat dia bermastautin,” katanya ketika dihubungi Utusan Malaysia.
Tambahnya, beberapa pemandu pula memberitahu ingin melakukan urusan syarikat, namun pakaian dipakai mencurigakan dan tidak sesuai, selain mempamerkan pelbagai jenis pas kerja yang mengelirukan.
Ujarnya, hasil pemeriksaan rambang dilakukan, kesemua mereka dipercayai ingin merentas masuk bagi meraikan Aidiladha dengan keluarga masing-masing.
“Kebanyakan mereka ini datang daripada negeri jiran termasuk Negeri Sembilan diikuti Kuala Lumpur.
279 kenderaan ‘gagal’ masuk Melaka
Baca Artikel Menarik :
- Muhyiddin kata 100% dewasa telah divaksin menjelang Oktober
- Political genius atau Pak Pandir moden
- Pencerobohan haram: PBB hanya keldai tunggangan Yahudi
- UMNO tarik sokongan kerana masalah ‘kepimpinan’
- Jaafar Onn dikecam kerana main TikTok
- Resepi Rendang Daging Padang Asli
You must be logged in to post a comment.