Caprice dakwa Ebit guna kanak-kanak Palestin
Caprice dakwa Ebit guna kanak-kanak Palestin untuk kandungan media sosial?
Penyanyi rap, Caprice dan pendakwah bebas, Ebit Lew merupakan dua figura terkenal yang kuat memperjuangkan penduduk Palestin.
Bagaimanapun Caprice atau nama sebenarnya Ariz Ramli hari ini seolah-olah mempertikaikan misi dakwah Ebit.
Dia mendakwa Ebit menggunakan kanak-kanak Palestin sebagai bahan kandungan media sosial dan ia satu perbuatan yang tidak wajar.
“Salam ustaz, minta maaf tapi Caprice dah simpan rasa ini dekat satu minggu dah, Caprice rasa kena tegur ustaz depan-depan dulu.
“Ada beberapa pihak yang tak senang tengok gambar-gambar ustaz yang hanya highlight orang dan budak miskin.
“Caprice bagi contoh budak ini kena ambil gambar dua kali terima mainan. Apabila orang Palestin tanya kenapa ustaz yang famous di Malaysia buat macam ini, Caprice pun tak tahu macam mana nak jawab,” katanya menerusi mesej yang dipercayai dihantar kepada Ebit.
Namun dia mendakwa mesej itu tidak dilayan oleh Ebit.
Caprice turut berkongsi gambar Ebit dalam Instastorynya di mana pendakwah itu bersama seorang kanak-kanak yang diberikan mainan dalam dua sudut gambar berbeza.
“Caprice adalah penyokong nombor satu ustaz selama ini, fasal mainan itu kecoh selepas orang Gaza tanya tentang hal berkenaan. Budak miskin yang terima mainan sama tapi kena pose untuk kamera dua kali,” katanya sambil memaklumkan dia telah disekat mengikuti Instagram Ebit. MG
Caprice dakwa Ebit guna kanak-kanak Palestin
Baca Artikel Menarik :
- Mahathir kata sidang parlimen khas dibuat secara olok-olok lepas desakan Agong
- Bukalah hati, belanjalah kerajaan – Shahril Hamdan
- Pembiayaan politik dan bendera putih
- Google Diminta Bayar Denda Sebanyak RM2.4 Bilion
- Tanah kubur abang aku masih merah lagi!
- Resepi Sandwich Tuna Pedas
You must be logged in to post a comment.