Lelaki serang isteri, polis dengan senjata maut ditembak
Lelaki serang isteri, polis dengan senjata maut ditembak
Lelaki acu kapak pada isteri, serang polis dengan pedang maut ditembak
Seorang lelaki berusia 55 tahun maut ditembak selepas bertindak agresif cuba menyerang polis dengan pedang dalam kejadian amuk di Padang Besar, Perlis semalam.
Ketua Polis Daerah Padang Besar, Saifudin Aslin Abbas berkata, pada 2.48 petang polis menerima laporan daripada isteri suspek berusia 52 tahun yang mendakwa ditampar, ditarik rambut, dihentak muka ke lantai dan dipijak oleh suspek, selain turut diacu kapak di leher.
“Mangsa mendakwa diperlakukan demikian selepas menegur suspek yang dilihat marah dan bercakap sendirian. Susulan itu sepasukan anggota pergi ke rumah pasangan terbabit untuk membuat tangkapan,” katanya menurut laporan Harian Metro.
Beliau berkata, suspek enggan memberi kerjasama, malah tidak mahu keluar dari rumah yang menyebabkan anggota terpaksa masuk menerusi tingkap rumah.
Saifudin berkata, ketika itu suspek dilihat memegang sebilah pedang dan bertindak agresif termasuk cuba membakar rumah dan rambutnya.
Tambah beliau, usaha memujuk suspek berlangsung lebih sejam dengan bantuan anak lelakinya tetapi gagal dan suspek menjadi lebih agresif serta mula melibas dengan pedang menyebabkan dua anggota polis cedera di tangan dan kaki serta kepala.
“Tindakan suspek yang terus menyerang menyebabkan anggota terpaksa melepaskan tembakan ke arahnya untuk keselamatan. Suspek disahkan meninggal dunia,” tambahnya.
Katanya, mayat dibawa ke Hospital Sultanah Bahiyah, Alor Setar untuk dibedah siasat, manakala anggota polis yang cedera dirawat di Hospital Tuanku Fauziah, Kangar.
“Semakan mendapati suspek mempunyai enam rekod jenayah lampau membabitkan penyalahgunaan dadah, ugutan jenayah, khianat dan kesalahan mengikut Akta Racun 1952, manakala kes itu disiasat di bawah Seksyen 307 Kanun Keseksaan,” katanya. FMT
Lelaki serang isteri, polis dengan senjata maut ditembak
Baca Artikel Menarik :
- Mahathir kata sidang parlimen khas dibuat secara olok-olok lepas desakan Agong
- Bukalah hati, belanjalah kerajaan – Shahril Hamdan
- Pembiayaan politik dan bendera putih
- Google Diminta Bayar Denda Sebanyak RM2.4 Bilion
- Tanah kubur abang aku masih merah lagi!
- Resepi Sandwich Tuna Pedas
You must be logged in to post a comment.