Liverpool guna sistem ‘berkelajuan tinggi’

 

LONDON: Jurgen Klopp memberi bayangan akan menggunakan sistem ‘berkelajuan tinggi’ dengan menggandingkan Mohamed Salah dan Darwin Nunez apabila Liverpool berdepan kelab tercorot liga, Nottingham Forest dalam aksi Liga Perdana Inggeris hari ini.

Selepas Nunez meledak gol tunggal ketika Reds menang tipis 1-0 ke atas West Ham kelmarin, pengendali Liverpool itu sudah mendapat bayangan taktikal terbaik bagi mengeluarkan potensi sebenar penyerang Uruguay tersebut.



Nunez, 23, yang memulakan kempen dengan perlahan sejak tiba dari Benfica pada awal musim ini hanya bermula dari bangku simpanan ketika Liverpool menumpaskan Manchester City 1-0, Ahad lalu.

Begitupun, Klopp sudah beberapa kali menukar taktikal daripada 4-3-3 kepada 4-2-3-1, kemudian kembali kepada 4-3-3 bagi mendapatkan sistem terbaik.

Ditanya apakah formasi baharu menjejaskan Salah apabila terpaksa bermain di se­belah kanan, pengendali dari Jerman itu me­negaskan, bintang Mesir tersebut amat fleksibel.

“Tidak sama sekali. Cuma kami perlu lebih cepat bertahan, dan Mo (Salah) juga perlu banyak membantu pertahanan.



“Ada peluang kami bermain dengan Darwin dan Mo di bahagian tengah, itu akan menjadi kombinasi berkelajuan tinggi!

“Kami masih membangunkan sistem seperti ini dan kami perlu memikirkan cara terbaik untuk permainan tertentu.

“Mo boleh bermain 10 posisi dan dia sentiasa berada di te­ngah (walaupun bermula di se­belah kanan) dan menamatkan situasi.

“Dia tidak bernasib baik kerana berada di sana sini tetapi tidak ada beza­nya secara menyerang. Secara pertahanan ia sedikit berbeza (untuknya),” kata Klopp.



Reds tidak boleh keciciran mata di City Ground atau terus ketinggalan daripada kelompok empat terbaik.

Selepas 10 perlawanan, mereka kini di tangga ketujuh dengan 16 mata. – AGENSI

 

Jika anda mengalami kemurungan dan tekanan hubungi:
MHPSS di 03-29359935 atau 014-3223392



Talian Kasih 15999 / WhatsApp Talian Kasih di 019-2615999 (Bagi pelbagai bantuan aduan keganasan rumahtangga dan pelbagai lagi masalah seperti penderaan);

KSK-Care JAKIM di WhatsApp 0111-9598214
Befrienders Kuala Lumpur di talian 03-76272929

CPRC Kebangsaan KKM
Telefon : 03 8881 0200 / 03 8881 0600 / 03 8881 0700
Whatsapp : +60178429454
Email : [email protected]

Kongsikan kepada keluarga dan rakan anda




Baca Artikel Menarik:

Layari Laman Facebook MYKMU.NET


Rumah tangga Sakinah, Michael telah berakhir?



Tragedi Berdarah: Kakak baling pisau bunuh adik angkara berebut tempat duduk

Jiran samseng undang kecaman warga maya [VIDEO]

Related Articles

Back to top button

Adblock Detected

Please consider supporting us by disabling your ad blocker