Pejuang nafi bekerjasama dengan Bersatu

Pejuang nafi bekerjasama dengan Bersatu. Parti Pejuang Tanah Air (Pejuang) menafikan parti itu akan kembali bekerjasama bersama Parti Pribumi Bersatu Malaysia (Bersatu).

Ketua Penerangan Pejuang, Ulya Aqamah Husamudin berkata, Pengerusi Pejuang, Tun Dr Mahathir Mohamad bertegas menolak dakwaan itu.

Menurutnya, Biro Politik juga tidak pernah berbincang mengenai kerjasama tersebut dan fokus kepada perbincangan menangani Covid-19 dalam kerangka Majlis Pemulihan Negara yang dicadangkan oleh parti.

“Terdapat beberapa cubaan daripada pelbagai pihak yang cuba mencalar reputasi dan memberi persepsi seolah-olah Pejuang akan bekerjasama dengan Bersatu.

“Tindakan ini tidak bertanggungjawab dan merupakan berita palsu yang tidak sepatutnya berlaku,” katanya dalam satu kenyataan pada Selasa.

Tambah Ulya Aqamah, tuduhan kerjasama tersebut juga dianggap tidak munasabah kerana pihaknya bertungkus-lumus berusaha mendapatkan kelulusan parti.

Mengulas lanjut mengenai konspirasi pendaftaran Pejuang, beliau menjelaskan Pejuang didaftarkan pada 8 Julai selari dengan keputusan Mahkamah yang memberi 14 hari kepada Kementerian Dalam Negeri untuk membuat keputusan rayuan berkenaan.

Menurutnya, tiada perbincangan belakang atau percaturan politik dan menyifatkan keputusan tersebut adalah hasil keputusan mahkamah.

“Kami fokus kepada berbincang mencari jalan penyelesaian kepada Covid-19 dan masalah kesihatan, ekonomi serta sosial yang menjadi keutamaan rakyat Malaysia,” katanya.

Pejuang nafi bekerjasama dengan Bersatu


Baca Artikel Menarik :

Layari Laman Facebook MYKMU


Tajuddin sahkan ‘Itu memang suara saya’

 

Related Articles

Back to top button

Adblock Detected

Please consider supporting us by disabling your ad blocker