Penuntut meninggal dunia, UiTM akan keluar kenyataan

Penuntut meninggal dunia, UiTM akan keluar kenyataan

Kuala Muda: Seorang penuntut semester tiga Universiti Teknologi Mara (UiTM) di negeri ini dilaporkan meninggal dunia di rumah sewanya di Merbok, di sini, kelmarin.

Penuntut perempuan berusia 22 tahun itu dilaporkan tidak sedarkan diri kira-kira 4 pagi di rumah sewanya itu sebelum dikejarkan ke Hospital Sultan Abdul Halim (HSAH) Sungai Petani untuk mendapatkan rawatan.

Mangsa dikatakan terjaga daripada tidur pada 3 pagi dan sempat mengejutkan rakan serumahnya sebelum mengadu sakit kepala.

Dia yang menjalani rawatan di HSAH bagaimanapun dilaporkan meninggal dunia pada 2.50 petang semalam.

Timbalan Ketua Polis Daerah Kuala Muda Superintendan Anuar Abd Rahman mengesahkan kejadian itu, namun tiada laporan polis dibuat.

“Kami difahamkan, universiti terbabit akan mengeluarkan kenyataan media selepas laporan penuh perubatan diperoleh,” katanya ketika dihubungi hari ini.

Sementara itu, Rektor UiTM Kedah, Prof Dr Mohamad Abdullah Hemdi ketika dihubungi, memaklumkan kenyataan mengenai kejadian itu akan dikeluarkan Unit Komunikasi Korporat UiTM Shah Alam.

Hari ini tular di media sosial mengenai kematian penuntut universiti berkenaan yang didakwa akibat tekanan, namun tiada pengesahan mengenai perkara itu. HM

Penuntut meninggal dunia, UiTM akan keluar kenyataan


Baca Artikel Menarik :

Layari Laman Facebook MYKMU


Ekonomi semakin tenat, menteri kanan makin bertambah


Baca Artikel Menarik :

Layari Laman Facebook MYKMU


Ekonomi semakin tenat, menteri kanan makin bertambah

Related Articles

Back to top button

Adblock Detected

Please consider supporting us by disabling your ad blocker