Keputusan MKT UMNO memihak rakyat
Keputusan MKT UMNO memihak rakyat. Keputusan yang dibuat oleh Majlis Tertinggi (MT) UMNO berhubung penarikan sokongan terhadap Perdana Menteri, Tan Sri Muhyiddin Yassin adalah keputusan yang memihak kepada rakyat.
Keputusan itu dibuat bersandarkan prinsip parti iaitu mengutamakan rakyat.
“Tunjang kami dalam perjuangan di dalam parti keramat ini adalah dengan sentiasa meletakkan rakyat sebagai keutamaan. Maka perjuangan kita adalah untuk rakyat, demi rakyat dan kepada rakyat. Jika tunjang dan prinsip ini tidak lagi menjadi perjuangan parti, secara jelas, kami telah mengkhianati pejuang-pejuang yang mewariskan parti ini kepada kami.
“Atas sebab itulah, semalam MT UMNO memutuskan satu keputusan yang memihak kepada rakyat. Walaupun keputusan itu pahit dan walaupun keputusan itu mungkin dianggap tidak popular, tetapi UMNO mesti juga membuat satu keputusan mengenai hala tuju politik tanah air. Semuanya adalah untuk rakyat,” kata Ketua Pemuda UMNO Negeri Sembilan, Datuk Mohd. Zaidy Abdul Kadir dalam satu kenyataan.
Mohd. Zaidy menjelaskan, partinya tidak akan sewenang-wenangnya membuat keputusan tersebut jika benar-benar mahu terus berkuasa dan kekayaan.
“Jika mahukan kekuasaan. Mahukan kekayaan atau secara mudahnya jika mementingkan sifat materialistik, lebih baiklah Majlis Kerja Tertinggi UMNO terus memilih untuk bersama dengan kerajaan hari ini. Dapat jawatan. Ahli Parlimen dari kalangan pemimpin parti pun mendapat jawatan Menteri dan Timbalan Menteri di dalam Kabinet.
“Namun, UMNO tidak melihat semua itu. UMNO melihat kepada kehendak rakyat. UMNO mendengar semua denyut nadi rakyat yang semakin hari semakin marah dengan Kerajaan. Rakyat ibarat dibisukan dan kerajaan seolah-olah memekakkan telinga dan membutakan mata ketika seluruh rakyat sedang berhadapan dengan zaman pandemik yang serba payah ini,” katanya.
Tambahnya lagi, MKT juga membuat keputusan berdasarkan tahap ekonomi negara dan sistem kesihatan yang semakin lumpuh.
“Memahami akan kepayahan rakyat itulah, UMNO tampil untuk membuat satu keputusan. Keputusan untuk tidak lagi memberi sokongan kepada Perdana Menteri. Biarlah UMNO berkorban hilang jawatan dalam kerajaan. Hilang jawatan di dalam Syarikat Milik Kerajaan (GLC).
“Asalkan protes UMNO ini dapat membangkitkan kerajaan daripada tidur yang lena dan menyedarkan mereka bahawa rakyat sedang susah. Rakyat perlukan sebuah Kerajaan yang efisien. Bukannya kerajaan yang syok sendiri dan terlalu selesa berada di atas kerusi empuk pemerintahan,” katanya.
Justeru, beliau berharap rakyat dapat menerima keputusan yang dibuat oleh UMNO yang dianggapnya sebagai pengorbanan kepada rakyat.
“Mungkin bagi sesetengahnya menganggap ia sebagai satu keputusan bersifat politiking, tetapi percayalah, sejarah akan membuktikan sebaliknya. Keputusan telah dibuat. UMNO tidak akan menoleh ke belakang lagi. Mulai saat ini, UMNO akan terus melangkah bergerak ke hadapan mencari jalan untuk kembali memulihkan negara.
“Semua ini adalah kerana UMNO mewarisi sebuah perjuangan panjang untuk rakyat dan negara. UMNO bukan sekadar mewarisi jawatan penting dalam kerajaan. Jawatan dan kuasa bukanlah prinsip UMNO kerana selama-lamanya UMNO akan sentiasa mengutamakan rakyat, ini adalah hakikat,” katanya
Keputusan MKT UMNO memihak rakyat
Baca Artikel Menarik :
- Perlu ambil masa untuk lihat kesan laksana PKPD di Selangor
- Dikecam, Annuar padam posting ziarah Pak Lah
- Ekonomi semakin tenat, menteri kanan makin bertambah
- Kebun haram Musang King, siasatan SPRM sudah lengkap 80 peratus
- Cik B dan Dr. Vida dua orang yang berlainan
- Resepi Istimewa Gulai talang masin bersama terung tumis darat
Layari Laman Facebook MYKMU
You must be logged in to post a comment.