Dah ada TPM, perlu lagi menteri kanan?
Dah ada TPM, perlu lagi menteri kanan?
Ahli Majlis Kerja Tertinggi Umno Puad Zarkashi mempersoalkan keperluan empat menteri kanan dikekalkan dalam barisan Kabinet selepas pelantikan Timbalan Perdana Menteri sudah dibuat.
Beliau berkata, tindakan mengekalkan empat jawatan menteri kanan itu hanya satu pembaziran kerana semua mereka tidak mempunyai peranan serta bidang kuasa kecuali mendapat keistimewaan ‘polis pengiring’.
“Sepatutnya dengan pandemik Covid-19 ini jawatan menteri kanan termasuk wakil-wakil yang bertaraf menteri ditamatkan sahaja. Membazir dan tiada ‘teamwork’,” katanya di Facebook sambil mengaitkan isu keselarasan sebagai punca kegagalan kerajaan.
Katanya, barisan Jemaah Menteri kerajaan terlalu besar dengan 31 menteri dan 38 timbalan menteri.
Tambah beliau, Ketua Pengurusan Bahagian Perkhidmatan Kesihatan Angkatan Tentera Malaysia (ATM) Dr Mohd Arshil Moideen sendiri mengakui ketiadaan ‘unified action’ dan penyelarasan daripada atas ke bawah menjadi punca kegagalan kerajaan.
“Sekarang nampak macam empat menteri sahaja yang bekerja. Ada pula menteri yang kerjanya buka pintu belakang. Menteri kanan pula tu,” tambah beliau.
FMT
Sebelum ini kita ada 4 menteri kanan sebelum TPM dilantik dan setelah TPM dilantik kita ada 5 menteri kanan.
Nampaknya kerajaan ini hanya tahu berpolitik saja. Ekonomi makin merudum, rakyat makin susah. Kerajaan pula sibuk tambah menteri saja.
Dah ada TPM, perlu lagi menteri kanan?
Baca Artikel Menarik :
- Perlu ambil masa untuk lihat kesan laksana PKPD di Selangor
- Dikecam, Annuar padam posting ziarah Pak Lah
- Ekonomi semakin tenat, menteri kanan makin bertambah
- Kebun haram Musang King, siasatan SPRM sudah lengkap 80 peratus
- Cik B dan Dr. Vida dua orang yang berlainan
- Resepi Istimewa Gulai talang masin bersama terung tumis darat
Layari Laman Facebook MYKMU