Dikecam, Annuar padam posting ziarah Pak Lah
Dikecam, Annuar padam posting ziarah Pak Lah
Sekumpulan netizen melahirkan rasa marah, kecewa dan tidak berpuas hati terhadap Menteri Wilayah Persekutuan, Tan Sri Annuar Musa hari ini.
Ia susulan perkongsian Annuar menziarahi bekas Perdana Menteri, Tun Abdullah Badawi dan isteriny, selain menjamu makan tengah.
Bagaimanapun selang beberapa lama selepas ciapan di Twitter, Annuar memadam perkongsian itu akaun media sosialnya diserang tanpa henti oleh netizen yang mendakwa tindakannya melanggar prosedur operasi standard (SOP) Perintah Kawalan Pergerakan DiPerketatkan (PKPD) ketika ini.
Ahli Parlimen Ketereh itu berkata, beliau dan isterinya mengambil peluang menziarahi Abdullah dan Tun Jeanne Abdullah di kediaman bekas perdana menteri itu di Kuala Lumpur.
“Hari ini kami suami isteri ambil peluang ziarah Tun Abdullah Badawi dan Tun Jeane Abdullah di kediaman mereka di Bait Badawi di Kuala Lumpur.
“Lebih dua jam bersama dan makan tengah hari masakan Tun Jeane. Semoga Allah SWT sentiasa merahmati Pak Lah seisi keluarga,” ciapnya.
Namun netizen mula menyoal apakah Annuar bersama isterinya melakukan ziarah ketika negara sedang berhadapan dengan ‘total lockdown’ .
Ada netizen meminta Annuar supaya menunjukkan teladan lebih baik kepada umum.
“Walaupun anda tidak pandai, sekurang-kurangnya jadilah teladan yang baik,” kata seorang netizen.
Rata-rata melahirkan rasa tidak puas hati sudah berkurung terlalu lama.
Selain itu, ramai tidak puas hati kerana sudah lama tidak bertemu keluarga dek mematuhi arahan kerajaan untuk duduk di rumah.
Namun golongan atasan boleh pula sesuka hati mengingkarinya.
“Anda bernasib baik kerana dapat berkunjung. Bagi yang lain, mereka tidak dapat mengunjungi ibu bapa dan sanak saudara mereka.
“Oleh kerana anda bercakap tentang makan tengah hari, adakah anda sudah melawat kawasan (parlimen) anda? Adakah orang di sana cukup makan?,” tulis netizen.
Sebelum ini, Annuar pernah dikritik kerana berjoging dengan dua orang lain dari rumah berbeza, beliau juga pernah berdepan kontroversi apabila menyertai acara jamuan makan walaupun ketika itu ianya dilarang. MG
Dikecam, Annuar padam posting ziarah Pak Lah
Baca Artikel Menarik :
- Musuh Umno suka potong ayat dan reka cerita
- Najib pertahankan 3 menteri UMNO dari dipersalahkan PAS, wabak memburuk salah Muhyiddin
- SUA BN nafikan surat sokongan kepada Muhyiddin
- Lelaki Berisiko Mati Pucuk Jika Di Jangkiti Covid-19
- Resepi kari hijau Thai padu
- Raja Permaisuri Agong Tunku Azizah Pun Order Barang Dari Shoppe
You must be logged in to post a comment.