UMNO-PAS khianati mandat bangsa Melayu, umat Islam?

 

UMNO-PAS khianati mandat bangsa Melayu, umat Islam? Dosa-dosa politik UMNO dan PAS terhadap agenda Melayu/Islam.

Apa yang DAP gagal dapat secara ‘bangkangan’, MCA akan perolehi secara ‘rundingan’. Strategi yang jarang gagal untuk mempertahankan kepentingan mereka.

Sebut sahaja isu apa sekalipun pendidikan, bahasa, budaya, ekonomi, politik… kedua-dua parti rasis cauvinis itu sudah ada projek ‘joint venture’ tidak tertulis tentang bagaimana mereka harus bergerak dalam memperjuangkan dan mencapai segala agenda mereka.

Mereka tidak pernah berkompromi sedikitpun dalam perkara-perkara ini.

Strategi ini secara tidak langsung pernah didedahkan oleh mantan Ketua Menteri Pulai Pinang, Yan Sri Koh Tsu Koon pada satu status Facebook beliau bertarikh 7 Jun 2017:

https://www.facebook.com/kohtsukoon.my/posts/1716304741717828, yang saya telah ulas pada 17 Disember 2019:

https://www.facebook.com/mohd.luttfi/posts/2830909346933057, juga pada 26 Ogos 2020:

https://www.facebook.com/mohd.luttfi/posts/3465817596775559 dan sekali lagi pada 2 Oktober 2020:

https://www.facebook.com/mohd.luttfi/posts/3583749288315722

Mhttp://(https://www.facebook.com/mohd.luttfi/posts/3583749288315722alangnya, bangsa Melayu dan umat Islam tidak pernah belajar dari muslihat dan kelicikan ini. Atas alasan ‘Perpaduan Nasional’, ‘Tahaluf Siyasi’ dan segala retorik politik yang memualkan, para pemimpin politik Melayu/Islam lebih memburukkan keadaan dengan keputusan dan pendirian yang merugikan umat dan bangsa.

Istilah-istilah ‘kedaulatan bangsa’ dan ‘kepentingan umat’ hanya menjadi candu yang melalaikan, yang ditawarkan kepada para pengundi menjelang setiap kali pilihan raya umum.

Di bawah pengaruh kecanduan ini, para pengundi Melayu/muslim terus memberi mandat dan kepercayaan kepada calon-calon oportunis ini tanpa menyedari bahawa undi mereka hanyalah batu loncatan untuk mendapat kuasa.

Setelah mendapat kuasa, mandat dan kepercayaan ini dibuang begitu sahaja. Peluang, kesempatan, habuan dan ghanimah politik serta manfaat peribadi, kelompok dan keluarga lebih menggiurkan daripada kepentingan bangsa dan umat yang mengundi mereka.

Tanpa berlapik, saya menyalahkan parti UMNO kerana terlalu memberi muka kepada parti rasis cauvinis MCA di dalam banyak tuntutan dan ketegasan politik mereka mempertahankan kepentingan bangsa Cina.

Saya juga menyalahkan parti PAS kerana telah melunakkan imej rasis cauvinis DAP di sisi umat Islam melalui pendekatan ‘Tahaluf Siyasi’ yang lebih merupakan satu tindakan normalisasi parti tersebut terhadap agenda rasis cauvinis DAP.

Kedua-dua tindakan ini merupakan jenayah politik yang sukar dimaafkan oleh bangsa Melayu dan umat Islam. Ini kerana kesan dan akibat yang timbul dari keputusan politik tersebut sangat merugikan hingga ke hari ini.

UMNO kekal tolak Anwar, Pakatan Harapan

DAP dan MCA tidak pernah menikmati kejayaan politik sebesar apa yang telah di’hadiah’kan oleh UMNO dan PAS secara tidak bertanggungjawab.

Perebutan kuasa dan jawatan serta dan perseteruan politik kepartian yang masih berlarutan di antara parti-parti politik Melayu/Islam hari ini hanyalah satu perbalahan untuk menguasai saki-baki dominasi politik semata-mata.

Tidak cukup dengan realiti yang memalukan ini, timbul pula segelintir anggota masyarakat Islam yang mula mengumandangkan slogan ‘Islam Rahmatan Lil Alamin’, yang tidak lain hanyalah satu pendekatan untuk memberi lebih banyak ruang dan kesempatan kepada agenda bukan-Islam untuk semakin bertapak di dalam negara.

Dari segi politik, kumpulan ini tidak berselindung di dalam memposisikan pendirian dan prinsip mereka iaitu memperjuangkan agenda Pakatan Harapan (PH) di dalam pilihan raya umum. Meskipun PH telah tumpas setelah hampir 22 bulan memerintah, kumpulan ini masih mengekalkan kebersamaan agenda perjuangan mereka hingga ke hari ini.

Di dalam kes-kes tertentu, kehadiran mereka lebih kepada mempertahankan kepentingan bukan Islam daripada menyekat kemaraan agenda anti-Islam.

Inilah antara senario dan rupa bentuk pergolakan semasa yang sedang dihadapi oleh bangsa Melayu dan umat Islam sekarang.

Masyarakat menjadi keliru dan semakin menyampah dengan kejelekan, kebobrokan dan siri-siri kedayusan (termasuk pengkhianatan) kumpulan-kumpulan ini terhadap mempertahankan dan membela agenda bangsa dan agama.

Masyarakat juga sedang menanti-nantikan ‘sosok penyelamat’ yang akan membetulkan kembali kemudi dan arah tuju yang telah dipesongkan sejak sekian lama.

Siapa mereka? Kita tidak tahu. Dan sehingga status ini ditulis, kita belum lagi dapat melihat bayang-bayang mereka, apatah lagi mengenali mereka dengan lebih dekat.

Apapun, kita tidak lagi mampu menanggung derita dari episod-episod pengorbanan prinsip dan kecuaian dari melaksanakan tugas dan tanggungjawab, sebagaimana yang telah disaksikan dan dialami sendiri selama puluhan tahun.

Semoga Allah memelihara masa depan umat, bangsa dan tanah air dari kemelut yang tidak berkesudahan ini.

Mohd Luttfi Abd Khalid
Pemerhati politik

UMNO-PAS khianati mandat bangsa Melayu, umat Islam?


Baca Artikel Menarik :

Layari Laman Facebook MYKMU


Calon PM dari UMNO, Zahid mahu namanya dikecualikan

Related Articles

Back to top button

Adblock Detected

Please consider supporting us by disabling your ad blocker