Saya orang pertama yang menentang – Asyraf Wajdi
Saya orang pertama yang menentang – Asyraf Wajdi
Sokong Anwar? Saya orang pertama yang menentang. Jika UMNO menyokong Presiden Parti Keadilan Rakyat Datuk Seri Anwar Ibrahim sebagai perdana menteri.
Asyraf Wadji turut berikrar akan mentang UMNO sekirannya parti mahu mewujudkan kerajaan campuran yang diketuai oleh DAP dan Pakatan Harapan.
“Saya orang pertama akan menentang kalau parti nak menyokong Anwar sebagai PM ataupun mewujudkan kerajaan DAP-PH lead government.
“Ini bertentangan dengan pendirian keseluruhan Pemuda 191 Bahagian dan keputusan PAU dan MKT. So jangan cipta persepsi bukan-bukan!” kata Asyraf Wajdi.
Beliau menjawab dakwaan yang dilemparkan oleh oleh Timbalan Ketua Bahagian UMNO Putrajaya Tun Faisal Ismail Aziz.
Dalam ruangan komen di Facebook Asyraf Wajdi, Tun Faisal berkata, Ketua Pemuda UMNO Malaysia itu sebagai tidak wajar bersubahat dengan Presiden UMNO untuk membawa jajaran baru dengan Anwar dan DAP.
“Sebagai orang yang berpendidikan agama, Ketua Pemuda UMNO Malaysia tidak wajar bersubahat dgn penipuan Presiden dan usaha Presiden membawa jajaran baru dengan Anwar dan DAP.
“Tidak wajar bersubahat dengan kezaliman-kezaliman yang dilakukan oleh Lembaga Disiplin dan pelanggaran peraturan oleh Majlis Kerja Tertinggi.
“Tidak wajar berpolitiking merebut kuasa time-time pandemik Covid-19 sedangkan yang perlu diutamakan sekarang adalah usaha menyelamatkan nyawa rakyat, memvaksinkan rakyat dan membantu rakyat,” kata Tun Faisal.
Sebelum itu Asyraf Wajid melahirkan rasa kecewa terhadap seorang pemimpin UMNO yang berjawatan tinggi dalam kerajaan.
Pemimpin tersebut menurut Asyraf Wajdi, mahu beliau untuk tidak terlalu mempercayai sentimen yang terdapat di media sosial.
“Kecewa betul pagi ini bila berdiskusi dengan seorang pimpinan UMNO sendiri yang berjawatan tinggi dalam Kerajaan hari ini.
“Katanya “Asyraf, jangan terlalu percaya dengan sentimen di media sosial sebab naratifnya dah dikawal oleh DAP-PH. Realitinya PM dan Kerajaan masih popular di kalangan rakyat akar umbi”.
“Dalam hati saya, cubalah baca setiap komen di posting saya akan rintihan dan keluhan rakyat yang kesempitan adalah real. Betul ke atau saya yang tertipu?” tulis Asyraf Wajdi. SM
Saya orang pertama yang menentang – Asyraf Wajdi
Baca Artikel Menarik :
- Mesyuarat tertutup Zahid, Ismail Sabri selesai
- Ada apa pertemuan rahsia ahli parlimen UMNO bersama Presiden?
- Nama Mira Filzah Turut Dikecam Hanya Gara-Gara Ibu Mertua [VIDEO]
- Sweet Qismina minta doa cepat dihalalkan
- Pizza Musang King Dapur Kayu Mystreet Kitchen
- Resepi Ayam Goreng Madu Mamak
Layari Laman Facebook MYKMU
Jajaran baharu UMNO-PH persetujuan bersama Anwar Zahid selamatkan negara
You must be logged in to post a comment.