Bertanding Kerusi Parlimen Bagan Serai, Wan Fayhsal Nafikan

 

Bertanding Kerusi Parlimen Bagan Serai, Wan Fayhsal Nafikan. Ketua Armada Parti Pribumi Bersatu Malaysia menafikan laporan berita mendakwa beliau akan bertanding di Parlimen Bagan Serai dalam Pilihan Raya Umum ke-15 (PRU-15).

Menerusi catatan ringkas di Facebook, beliau menegaskan, laporan yang disebarkan oleh sebuah akhbar tempatan hari ini adalah tidak benar.

“Pihak parti di mana-mana peringkat tidak pernah membuat apa-apa keputusan berkenaan mana-mana kerusi.

“Khidmat kepada rakyat tetap menjadi keutamaan seluruh jentera parti dalam jayakan Pelan Pemulihan Negara,” katanya.

Menerusi kenyataan itu juga, beliau memuat naik tangkap layar mengenai laporan berita berkenaan.

Menurut laporan itu, Wan Ahmad Fayhsal mengesahkan akan bertanding kerusi Parlimen Bagan Serai pada PRU-15.

Dalam temu bual secara eksklusif bersama akhbar itu baru-baru ini, Timbalan Menteri Belia dan Sukan itu malah mendakwa beliau sudah mendapat restu daripada Presiden parti, Tan Sri Muhyiddin Yassin.

Bertanding Kerusi Parlimen Bagan Serai, Wan Fayhsal Nafikan


Baca Artikel Menarik :

Layari Laman Facebook MYKMU


‘Selamat Tinggal Muhyiddin’ Puad Zarkashi yakin UMNO akan keluar kerajaan

 

Related Articles

Back to top button

Adblock Detected

Please consider supporting us by disabling your ad blocker