Benarkah ‘Jajaran Baru’ boleh selamatkan negara?
Benarkah ‘Jajaran Baru’ boleh selamatkan negara? Negara memerlukan barisan pemimpin yang kompeten dan berwibawa termasuk pakar yang berkredibiliti dalam mengendalikan krisis yang sedang melanda.
Melihat senario yang berlaku, negara berdepan ‘serampang dua mata’ perangkap dan muslihat membabitkan dua krisis utama iaitu bencana penyebaran COVID-19 serta pemerintahan negara dan peralihan kuasa.
Ironinya, kepimpinan kerajaan yang ikhlas seolah-olah gagal membaca permainan musuh, ditambah pula keraguan dalam kesatuan di bawah pimpinan Tan Sri Muhyiddin Yassin,
Lebih membimbangkan, kedengaran pula kuasa jajaran baru yang dibentuk dengan agenda mahu menyelamatkan negara, katanya.
Bagaimana negara ini mahu diselamatkan sedangkan negara ni juga sensara semasa 22 bulan dalam rejim PH.
Keadaan negara jugak tidaklah begitu baik dalam pemerintahan Kerajaan PN namun jika tidak kerana pandemik Covid-19 dan politiking ahli politik negara ini lebih stabil dari PH.
Jika kerajaan PN memenangi jiwa, hati dan tuntutan rakyat kerajaan ini mampu bertahan untuk dipilih semula namun jika kehendak rakyat dan kebajikan rakyat terabai atau kerajaan lambat bertindak rakyat tidak teragak-agak untuk menghukum mereka dan sesiapa sahaja pada PRU-15 yang akan datang.
Pemimpin negara perlu mendukung idealisme yang luhur, berakhlak dan jujur untuk memajukan rakyat dan negara.
Oleh yang demikian ahli politik yang juga pimpinan negara perlu memiliki kepintaran, menguasai ilmu dan pemikiran yang mantap yang berasaskan nilai kemanusiaan secara mendalam.
“Kepimpinan negara juga perlu memiliki kewibawaan, semangat dan azam yang tinggi dalam membangunkan negara dengan berbekalkan taufik dan bimbingan wahyu Ilahi dengan mendukung idealisme yang luhur, berakhlak dan jujur untuk memajukan rakyat dan negara.
Bukan hanya membuta tuli membuat apa sahaja bertujuaan mengekalkan kuasa. Pada masa yang sama sebarang pendekatan dalam ‘jajaran baru’ perlulah bersifat terbuka dan berterus terang dan tidak bermuka – muka.
Ahli politik kedua belah pihak harus sedar yang memilih dalam PRU-15 akan datang adalah rakyat dan bukan ahli-ahli parlimen yang mudah disorong dan ditarik ke sana dan ke sini untuk kuasa yang bbersifat sementara.
Benarkah ‘Jajaran Baru’ boleh selamatkan negara?
Baca Artikel Menarik :
- Empat kilang, 20 premis diarah tutup: Ismail Sabri
- Timbalan Menteri PN nikah di Thailand?
- Lizzy sumbang separuh ‘gaji’, bantu masyarakat terjejas [VIDEO]
- Foto seksi Azira Shafinaz jadi perhatian
- Resepi Daging Masak Rose viral
- Antara Covid-19 dan rebut kuasa
Layari Laman Facebook MYKMU
You must be logged in to post a comment.