Cubaan seludup 630 kilogram daun ketum gagal

Cubaan seludup 630 kilogram daun ketum gagal apabila seorang lelaki yang merupakan penyeludup ditahan dalam satu sekatan jalan raya (SJR) di Kampung Jerai, Kupang di sini semalam.

Ketua Polis Daerah, Superintenden Shamsudin Mamat berkata, ketika kejadian suspek yang berusia 42 tahun membawa sebuah lori jenis Daihatsu dari arah Kupang menghala ke Gerik, Perak pada pukul 9.45.malam.

Menurutnya, suspek diarahkan berhenti di SJR tersebut untuk pemeriksaan dan anggota petugas di sekatan itu menemukan longgokan buah nanas.

“Bagaimanapun, hasil pemeriksaan lanjut menemukan bungkusan plastik hitam berisi balutan-balutan plastik lut sinar berikat getah mengandungi daun-daun hijau dipercayai daun ketum.

“Lori tersebut ditahan dan dibawa ke Ibu pejabat Polis Daerah (IPD) dan pemeriksaan lanjut di bahagian belakang lori mendapati sebanyak 63 ikat dipercayai daun ketum seberat 630 kg cuba diseludup oleh suspek,” katanya dalam satu kenyataan di sini hari ini.

Beliau memberitahu, ujian saringan awal air kencing suspek adalah negatif dadah dan tiada mempunyai sebarang rekod jenayah sebelum ini.

Tambahnya, suspek direman untuk siasatan selama empat hari mulai hari ini.

‘Kes disiasat di bawah Seksyen 30(3) Akta Racun 1952,” katanya.

Jelasnya, siasatan juga dilakukan di bawah Perkara 4(1) Peraturan-Peraturan Pencegahan dan Pengawalan Penyakit Berjangkit (Langkah-Langkah Di Dalam Kawasan Tempatan Jangkitan) 2020.

Cubaan seludup 630 kilogram daun ketum gagal


Baca Artikel Menarik :

Layari Laman Facebook MYKMU


Zahidi cabar Zahid buat pemilihan parti selesaikan krisis UMNO

 

Related Articles

Back to top button

Adblock Detected

Please consider supporting us by disabling your ad blocker