Adam tiga kali naik podium Moto2

Adam tiga kali naik podium Moto2

Adam tiga kali naik podium dalam tempoh 3 bulan

Pelumba, Adam Norrodin terus melakar keunggulan apabila menaiki podium buat kali ketiga dalam tempoh tiga bulan selepas menduduki tangga ketiga pada Perlumbaan 1 Moto2 Kejuaraan Dunia FIM CEV semalam.



Pelumba kelahiran Batu Pahat, Johor itu menamatkan perlumbaan di Litar Antarabangsa Algarve, Portugal dengan 6.922 saat di belakang pelumba Sepanyol, Fermin Aldeguer yang muncul juara menerusi catatan 29 minit dan 48.998 saat.

Seorang lagi pelumba Sepanyol, Alonso Lopez meraih tempat kedua dengan ketinggalan 5.434s.

Pada April lalu, Adam, 23, mencuri tumpuan apabila menduduki tangga ketiga dalam kejuaraan yang sama pada perlumbaan di Litar Estoril.

Beliau sekali lagi berjaya menduduki tempat ketiga dalam Pusingan Kedua Kejuaraan CEV Moto2 Eropah Litar Ricardo Tormo, Valencia, pada Mei lalu.



Kali ini, pelumba yang beraksi bersama pasukan Liqui Moly Intact SIC Racing Team yang memulakan perlumbaan pada petak ketiga berjaya mengekalkan momentum sehingga tamat perlumbaan sekali gus memastikan tempat ketiga miliknya.

Secara keseluruhan, Adam yang terkenal dengan jolokan ‘Torete’ berjaya memungut 76 mata. MG

Adam tiga kali naik podium Moto2


Baca Artikel Menarik :



Layari Laman Facebook MYKMU


PKPD untuk siapa sebenarnya? – Che Ta



Related Articles

Leave a Reply

Back to top button

Adblock Detected

Please consider supporting us by disabling your ad blocker