Suami maut, isteri selamat terkena renjatan elektrik

Seorang lelaki ditemui maut terkena renjatan elektrik di rumahnya di Kampung Skim Melugu, Sri Aman, manakala isterinya selamat. (Gambar Facebook)

Suami maut, isteri selamat terkena renjatan elektrik. Seorang lelaki ditemui meninggal dunia manakala isterinya selamat selepas terkena renjatan elektrik di rumah mereka di Kampung Skim Melugu, Sri Aman, Sarawak.

Anggota bomba yang bergegas ke lokasi kejadian selepas mendapat panggilan kecemasan pada 5.20 petang tadi mendapati pasangan berusia 40-an itu terbaring di atas tanah dalam keadaan tidak sedarkan diri.

Jurucakap Pusat Gerakan Operasi Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia (JBPM) Sarawak, berkata pemeriksaan oleh pihak Kementerian Kesihatan (KKM) mengesahkan mangsa lelaki sudah meninggal dunia.

“Isterinya pula sedar namun amat lemah,” katanya menurut laporan Harian Metro.

Jurucakap itu berkata, mangsa yang meninggal dunia diserahkan kepada polis, manakala wanita berkenaan dihantar ke Hospital Sri Aman untuk rawatan lanjut.

Katanya, punca sebenar kejadian masih dalam siasatan.

Suami maut, isteri selamat terkena renjatan elektrik


Baca Artikel Menarik :

Layari Laman Facebook MYKMU


Parlimen tidak jadi alat politik peribadi, apa jaminan Anwar?

 

Related Articles

Back to top button

Adblock Detected

Please consider supporting us by disabling your ad blocker