Ratu dangdut kini jual nasi minyak dangdut

Ratu dangdut kini jual nasi minyak dangdut

Buang malu, Ratu Dangdut jual ‘nasi minyak dangdut’

Demi kelangsungan hidup yang semakin getir disebabkan pandemik Covid-19, Ratu Dangdut Malaysia, Amelina mengambil keputusan menjalankan perniagaan kecil-kecilan menjual nasi minyak.

Menamakan juadah enak air tangannya sendiri sebagai ‘nasi minyak dangdut’, Amelina atau nama sebenarnya, Norazlina Amir Sharipuddin, 47, berpendapat waktu sekarang, semua orang terkesan dan tidak salah berusaha demi menjana pendapatan.

“Kadang-kadang, apapun yang terjadi mahu yang baik atau buruk ada hikmahnya. Pada masa sama, kita muhasabah diri.

“Berprasangka baik dengan Allah itu adalah jalan yang terbaik buat kita. Sudah puas menangis, dah puas marah tapi keadaan makin parah,” kata penyanyi yang cukup sinonim dengan lagu Asyik itu.

Ujar Amelina lagi, dirinya sendiri tidak malu meletakkan diri dalam keadaan susah, buang rasa ego dan sifat pentingkan diri andai ada berpendapat golongan artis yang selalunya bergelumang dengan dunia glamor ‘tiada kelas’ sekiranya menjual nasi minyak.

“Sudah cukup untuk kita hilangkan ego, letakkan diri di bawah, buang jauh-jauh rasa pentingkan diri dari segala peringkat tak kiralah yang berpangkat atau rakyat biasa.

“Kita sama-sama cuba untuk permudahkan segalanya. Yang ada lebih, bantulah mereka yang tiada. Berusahalah dan bagilah semangat kepada yang sudah mula hilang semangat hidup,” katanya.

Tambah ibu kepada enam cahaya mata itu, tidak pernah terlintas dalam fikirannya bahawa suatu hari akan berniaga makanan hasil air tangan sendiri.

“Satu perkara yang saya tak pernah fikir adalah nak berniaga daripada ‘air tangan’ sendiri.

“Dahulu memang tiada keyakinan sebab selalu pegang mikrofon sahaja takut kalau pegang sudip tak sedap. Tapi, Alhamdulillah kata pelanggan yang rasa sedap nasi minyak, sesedap suara saya,” ujarnya lagi.

Buat mereka yang ingin merasa air tangan Amelina, boleh membuat tempahan menerusi talian 0198915509.

Mula aktif mengiklankan cabang rezeki baharunya menerusi Instagram sejak semalam, nasi minyak versinya terdiri daripada lauk ayam masak merah, salad dan pecal timun. K Online

Ratu dangdut kini jual nasi minyak dangdut


Baca Artikel Menarik :

Layari Laman Facebook MYKMU


Zarina Anjoulie nak saman pegawai polis wanita

Related Articles

Back to top button

Adblock Detected

Please consider supporting us by disabling your ad blocker