Pelancong Malaysia `Dihina’ Apabila Tidak Dibenar Masuk Phuket
Ahli Majlis Kerja Tertinggi UMNO, Datuk Seri Ahmad Shabery Cheek meluahkan rasa malu apabila Thailand melarang pelawat Malaysia memasuki pulau peranginan tersohor negara itu, Phuket.
Kekesalan itu dicoretkan beliau menerusi hantaran di Facebooknya hari ini berhubung kebenaran pelancong asing memasuki pulau peranginan itu.
“Tak kisah pun tak dapat pergi Phuket, tapi agak terhina apabila mereka umum hanya rakyat 63 negara boleh masuk tanpa kuarantin dengan syarat vaksin Covid-19 sudah lengkap. “Apabila teliti, Malaysia tidak termasuk senarai. Singapura ada, Brunei ada, Myanmar pun ada. Malaysia tiada. Mereka kata (konon) orang Malaysia tidak selamat,” luah bekas menteri itu.
“Tak kisah pun tak dapat pergi Phuket, tapi agak terhina apabila mereka umum hanya rakyat 63 negara boleh masuk tanpa kuarantin dengan syarat vaksin Covid-19 sudah lengkap.
“Apabila teliti, Malaysia tidak termasuk senarai. Singapura ada, Brunei ada, Myanmar pun ada. Malaysia tiada. Mereka kata (konon) orang Malaysia tidak selamat,” luah bekas menteri itu.
Kerajaan Thailand baru-baru ini mengumumkan pembukaan semula destinasi terkenal itu sebagai projek model percubaan perintis pelancongan yang dikenali sebagai Phuket Sandbox.
Pulau tersebut dipilih kerana kedudukan geografinya mudah dikawal selia, selain prasarana awam lengkap dan tahap kebergantungan ekonomi amat tinggi kepada industri pelancongan.
Pelawat asing cuma perlu mendapatkan sijil kemasukan dari kedutaan Thailand di negara asal serta menjalani tiga kali ujian Covid-19 dan memuat turun aplikasi jejak keberadaan mereka.
Antara negara disenaraikan itu ialah Amerika Syarikat, Australia, China, Kanada, Turki, Rusia dan Israel selain jirannya, Laos dan Vietnam kerana dianggap kurang berisiko Covid-19.
Mengulas lanjut, bekas Ahli Parlimen Kemaman itu dalam nada sinis berkata, warga Thailand sendiri difahamkan menyindir situasi wabak berkenaan di Malaysia sebagai lucu dan aneh.
“Di Malaysia, orang yang sudah dicucuk dua kali pun tak boleh merentas negeri. Jangan kata nak ke Langkawi, ke Parlimen pun tak boleh. Macam mana nak datang ke Phuket,” jelasnya.
Hantaran beliau itu menerima reaksi luar biasa pengguna media sosial tempatan apabila tular dengan meraih lebih 2,000 tanda suka selain ratusan komen dan dikongsi hampir 300 kali.-BNOnline
Pelancong Malaysia `Dihina’ Apabila Tidak Dibenar Masuk Phuket
Baca Artikel Menarik :
- UMNO bakal tinggalkan kerajaan PN
- Zahid panggil MP UMNO tandatangan surat tarik diri
- ‘Bodoh Tu Simpan Sikit Dalam Sungai Supaya Orang Tak Nampak’ – Che Ta Sound Tepat
- Pokok nangka hasilkan buah berkulit durian
- Resepi Terung Goreng Kicap Bercili
Layari Laman Facebook MYKMU
Lancar ‘Phuket Sandbox’, Malaysia Tidak Tersenarai Dalam 66 Buah Negara Dibenar Masuk Thailand
Phuket Mula Sambut Ketibaan Pelancong Menerusi Projek “Phuket Sandbox”
Cucu tipu nenek anaknya masih hidup
You must be logged in to post a comment.