Op Patuh: 16 kompaun dikeluarkan seluruh Kedah

Gambar Hiasan***

Op Patuh: 16 kompaun dikeluarkan seluruh Kedah. Sebanyak 16 kompaun dikeluarkan atas pelbagai kesalahan melanggar prosedur operasi standard (SOP) Pelan Pemulihan Negara (PPN) semasa Op Patuh di seluruh Kedah pada Jumaat.

Ketua Polis Kedah, Datuk Kamarul Zaman Mamat berkata, antara kesalahan yang dikesan adalah pekerja melebihi 60 peratus yang dibenarkan, majikan tidak menyediakan tanda penjarakan fizikal satu meter, kantin di kilang beroperasi secara dine-in, tidak memakai pelitup muka dan tidak mendaftar masuk aplikasi MySejahtera.

Menurutnya, seramai 332 anggota polis dan 50 anggota Jabatan Tenaga Kerja (JTK), Jabatan Keselamatan Dan Kesihatan Pekerjaan Kedah (JKKP), Kementerian Dalam Negeri (KDN), Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM), Pertubuhan Keselamatan Sosial (Perkeso) dan beberapa agensi lagi menyertai operasi tersebut.

“Pada hari ini sahaja, sebanyak 299 buah kilang dan 60 pekerja telah diperiksa dan 16 kompaun telah dikeluarkan atas pelbagai kesalahan.

“Operasi dibuat bagi memastikan Akta 446 Pindaan 2019 dipatuhi dan tiada perlanggaran SOP PPN,” katanya dalam satu kenyataan pada Jumaat.

Mengulas lanjut, Kamarul Zaman berkata, pemeriksaan turut dibuat ke atas kehadiran petugas sektor pembuatan agar kapasiti 60 peratus pekerja dipatuhi selaras dengan Peraturan 16 PU(A) 243/2021 Akta 342.

Menurutnya, Polis Kedah akan meneruskan Op Patuh lebih menyeluruh bagi memastikan SOP PPN dipatuhi pihak berkaitan di seluruh negeri ini.

Op Patuh: 16 kompaun dikeluarkan seluruh Kedah


Baca Artikel Menarik :

Layari Laman Facebook MYKMU


UMNO bakal tinggalkan kerajaan PN

 

Related Articles

Back to top button

Adblock Detected

Please consider supporting us by disabling your ad blocker