Mati dibelasah ahli keluarga
Mati dibelasah ahli keluarga . Seorang lelaki maut selepas dipukul ahli keluarganya dalam kejadian di sebuah rumah di Ladang Baru Kelanang, Banting di sini pada Khamis.
Ketua Polis Daerah Kuala Langat, Superintendan Ahmad Ridhwan Mohd Nor berkata, pihaknya menerima maklumat kematian mangsa berusia lingkungan 30-an itu dari Wad Kecemasan Hospital Banting kira-kira jam 10.15 malam ketika sedang menerima rawatan.
Menurutnya, siasatan mendapati kejadian berlaku pada jam 6.30 petang ketika mangsa datang ke rumah keluarganya dalam keadaan mabuk.
“Mangsa telah mengganggu dan memukul beberapa ahli keluarganya serta merosakkan kenderaan milik adiknya dengan memecahkan cermin kereta menggunakan batu-bata.
“Berikutan itu, ahli keluarga yang berang dengan sikap mangsa bertindak memukulnya menggunakan kayu, kerusi dan batu,” katanya dalam kenyataan pada Jumaat.
Beliau berkata, mangsa mengalami kecederaan parah di kepala sebelum dikejarkan ke hospital menaiki ambulan.
Susulan itu, Ahmad Ridhwan berkata, bertindak hasil maklumat, polis telah menahan seramai 16 orang ahli keluarga mangsa berusia 17 hingga 60-an kira-kira jam 1 pagi, Jumaat.
“Mereka yang ditahan termasuk ibu bapa, adik beradik dan saudara-mara terdekat terdiri lapan wanita dan lapan lelaki. Polis turut merampas senjata kayu, batu dan kerusi yang digunakan untuk mencederakan mangsa di tempat kejadian,” ujarnya.
Kes disiasat di bawah seksyen 302 Kanun Keseksaan.
Mati dibelasah ahli keluarga
Baca Artikel Menarik :
- UMNO bakal tinggalkan kerajaan PN
- Zahid panggil MP UMNO tandatangan surat tarik diri
- ‘Bodoh Tu Simpan Sikit Dalam Sungai Supaya Orang Tak Nampak’ – Che Ta Sound Tepat
- Pokok nangka hasilkan buah berkulit durian
- Resepi Terung Goreng Kicap Bercili
Layari Laman Facebook MYKMU