Gadis Terpaksa Jadi Isteri Kedua Hanya Untuk Bayar Hutang Ibu Bapa [VIDEO]

Gadis Terpaksa Jadi Isteri Kedua Hanya Untuk Bayar Hutang Ibu Bapa [VIDEO]

JAKARTA – Seorang gadis berusia 21 tahun dari Indonesia menjadi tular apabila membuat pengakuan terpaksa menjadi isteri kedua demi melunaskan hutang, lapor Suara.com, semalam.

Menerusi rakaman video di TikTok, gadis dipercayai bernama Nazwa itu menceritakan kisah hidupnya yang berpoligami atas permintaan ibu bapa bagi melangsaikan hutan mereka dengan suaminya pada Julai tahun lalu.

VIDEO DIBAWAH:-

[videopress GUeAg5qN]

Namun selepas enam bulan berumah tangga, Nazwa mendakwa dirinya diceraikan oleh suami dalam keadaan hamil anak pertama.



“Pada Julai tahun lalu, saya dinikahkan dengan suami sebagai isteri kedua kerana mahu membayar hutang orang tua.

“Bulan Oktober tahun sama, saya hamil. Pada Januari tahun ini, suami telah menceraikan saya secara lisan,” katanya menerusi video itu.

Tambah Najwa, dia berasa sedih kerana terpaksa memegang gelaran janda dan ibu tunggal di usia yang terlalu muda.

Dia sempat menasihati kaum wanita di luar sana agak tidak terjebak dengan poligami kerana ia hanya merugikan mereka di masa hadapan.

“Saya tidak minta bergelar janda dan ibu tunggal di usia awal 20-an tetapi ini bukan kehendak saya.

“Buat wanita di luar sana, jangan percaya janji lelaki tentang poligami kerana mereka boleh meninggalkan kita bila-bila masa sahaja,” ujarnya.

Video ini sudah ditonton lebih sejuta kali, menerima 32 ribu tanda suka dan mengundang tujuh ribu komen netizen yang bersimpati dengan nasib Nazwa.

– Agensi



Gadis Terpaksa Jadi Isteri Kedua Hanya Untuk Bayar Hutang Ibu Bapa [VIDEO]


Baca Artikel Menarik :

Layari Laman Facebook MYKMU


 

 



Punca Suami Cabut Atap Rumah Selepas Bercerai Kerana Isteri Curang [VIDEO]

‘Ya, Dia Ibu Tiri Saya’ – Didakwa Dah Kahwin, Gadis Dedah Ziela Jalil Isteri Kedua Bapanya?



Related Articles

Leave a Reply

Back to top button

Adblock Detected

Please consider supporting us by disabling your ad blocker