PKPD Mentari Court: Polis Nafi Dakwaan Pindah Pekerja Kilang. ‘Hanya Salah faham’

PKPD Mentari Court: Polis Nafi Dakwaan Pindah Pekerja Kilang. ‘Hanya Salah faham’

Polis Petaling Jaya menafikan dakwaan terdapat aktiviti memindahkan pekerja sebuah kilang dari asrama mereka di Mentari Court, di sini, petang semalam.

Perkara itu tular sejurus Majlis Keselamatan Negara (MKN) pada Rabu mengumumkan akan melaksanakan Perintah Kawalan Pergerakan diperketatkan (PKPD) di pangsapuri tersebut bermula tengah malam tadi hingga 14 Julai depan.

Ketua Polis Daerah Petaling Jaya, Asisten Komisioner Mohamad Fakhrudin Abdul Hamid, hasil pemantauan polis mendapati tiada sebarang aktiviti seperti dakwaan yang tular di media sosial.

Tegasnya, pekerja kilang yang menghuni asrama pekerja di situ masih berada di Mentari Court.

Pihaknya turut mendapatkan penjelasan dari wakil pengurusan kilang terbabit yang membuat penafian mengenai insiden itu.

Polis, katanya, telah melakukan pemeriksaan dan pemantauan di lokaliti berkenaan beberapa jam sebelum PKPD dilaksanakan.

Ia membabitkan 60 peratus penghuni warga tempatan dan 40 peratus warga asing yang kebanyakannya bekerja di kawasan industri SS8 Petaling Jaya.

“Sebelum PKPD dilaksanakan, kalau tengok dalam SOP Pemulihan Negara, mereka bebas bergerak dalam radius 10 kilometer, tiada halangan.

“Tetapi bila PKPD dilaksanakan, masa itu sekatan akan dikenakan dan mereka yang langgar sekatan itu kita akan kenakan tindakan undang-undang, tidak ada.

“Apabila kami justify kepada syarikat itu, berlaku salah faham di antara syarikat dan juga penghuni di Mentari Court petang tadi. Kita dah selesaikan,” kata Mohamad Fakhrudin.

Difahamkan, pengurusan kilang terbabit turut mengeluarkan notis kepada semua pekerja yang tinggal di asrama pekerja di Mentari Court meminta mereka berada di unit pangsapuri masing-masing sepanjang tempoh PKPD dilaksanakan.

Terdahulu tular di media sosial gambar tangkap layar mendakwa mesej daripada pengurusan kilang yang meminta warden asrama menyampaikan pesanan kepada pekerja yang menghuni asrama di Mentari Court agar menyiapkan pakaian untuk 10 hari.

Mereka dikatakan akan dipindahkan ke sebuah lokasi lain sebelum PKPD bermula esok agar tidak terkurung dan seterusnya menjejaskan operasi kilang.

Dalam pada itu, 17,000 penduduk dari tujuh unit pangsapuri berkenaan dikawal ketat sejak jam 12 malam tadi.

PKPD di lokaliti berkenaan yang membabitkan kawasan seluas 1.6 kilometer persegi akan dipantau rapi oleh 84 pegawai dan anggota dari PDRM serta dibantu Angkatan Tentera Malaysia (ATM).

Pemasangan dawai kawad berduri akan dipasang pagi nanti.

Ujian saringan COVID-19 akan dilakukan Jumaat ini selama tiga hari.

Tiga lokaliti di daerah Petaling, Selangor antara tujuh lokaliti di seluruh negara yang dikenakan perintah kawalan pergerakan diperketatkan (PKPD) bermula Khamis hingga 14 Julai ini melibatkan Mentari Court, PJS 8, taman perumahan SS 91a, Sungai Way, dan pangsapuri Westlite–PKNS.

PKPD Mentari Court: Polis Nafi Dakwaan Pindah Pekerja Kilang. ‘Hanya Salah faham’


Baca Artikel Menarik :

Layari Laman Facebook MYKMU


 

 

Berpuluh-puluh maut di Kanada akibat gelombang panas

Lelaki pecah masuk pasar raya ditahan

Related Articles

Back to top button

Adblock Detected

Please consider supporting us by disabling your ad blocker