Kerajaan bakal umum PKPD di Selangor dan KL petang ini?
Covid-19: Kerajaan bakal umum PKPD di Selangor dan KL petang ini? Menteri Kanan Pertahanan, Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob akan mengumumkan tindakan sewajarnya di Selangor dan Kuala Lumpur yang masih mencatatkan kes tinggi jangkitan COVID-19 pada petang ini.
Beliau berkata agak mudah untuk melaksanakan perintah kawalan pergerakan diperketatkan (PKPD) di Selangor kerana ada banyak daerah dan mukim, namun situasinya berbeza dengan di Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur.
“Itu yang kita sedang kaji. Insya-Allah petang ini akan saya umumkan tindakan kita di Selangor dan Kuala Lumpur yang kita nampak menyebabkan kes tidak turun.
“Kes di Kuala Lumpur, campur Selangor dan Negeri Sembilan, jumlahnya separuh daripada kes di Malaysia,” katanya.
Beliau berkata demikian kepada media dalam lawatannya ke Pusat Pemberian Vaksin (PPV) di World Trade Centre Kuala Lumpur (WTCKL) pada Khamis,
Kenyataannya itu dilihat seakan memberi bayangan bahawa beberapa daerah di Selangor mungkin akan dikenakan Perintah Kawalan Pergerakan Diperketatkan (PKPD).
Bahkan, beliau juga berkata mungkin akan ada kilang bakal ditutup di Selangor selepas pengumuman petang ini.
“Saya tahu ramai yang marah kenapa kilang masih dibuka dan sebagainya. Seperti saya kata, tadi siapa yang melanggar itu, akan diambil tindakan.
“Insya-Allah kalau saya umumkan pasal Selangor hari ini, mungkin ada gambaran juga kilang-kilang akan ditutup.
“Mana yang ada dalam mukim tersebut automatik akan ditutup,” ujarnya.
Berdasarkan kenyataan Ismail Sabri yang menyebut “mukim”, kemungkinan akan ada mukim di Selangor yang akan dikenakan PKPD.
Kluster tempat kerja yang banyak direkodkan sejak kebelakangan ini menyebabkan rakyat mendesak agar sektor perkilangan ditutup dalam usaha menurunkan kes COVID-19.
Kerajaan bakal umum PKPD di Selangor dan KL petang ini?
Baca Artikel Menarik :
- Bendera putih bukan bererti mengaku kalah
- Lancar ‘Phuket Sandbox’, Malaysia Tidak Tersenarai Dalam 66 Buah Negara Dibenar Masuk Thailand
- Najwan maklumkan ada sesuatu yang tidak kena dalam AMK
- Mila Jirin ajak rakan niaga terus tawakal
- Lelaki Ini Kibarkan Bendera Mohon Bantuan Demi Anak Dan Isteri Tapi Tak Disangka [VIDEO]
- Resepi Pucuk Paku Masak Lemak Cili Api
Layari Laman Facebook MYKMU
You must be logged in to post a comment.