UMNO parti perjuangan bukan marah-marah

 

“Umno bukan parti marah-marah. Umno adalah parti perjuagan. Jadi, jangan marah-marah,” katanya pada sidang media selepas menyampaikan bantuan kepada peniaga kecil terkesan Covid-19 di Pusat Khidmat Adun Kok Lanas, hari ini.

Anggota Majlis Tertinggi Umno, Md Alwi Che Ahmad hari ini tampil menafikan dakwaan Ahli Parlimen Padang Rengas, Nazri Abdul Aziz bahawa sejumlah 25 ahli Parlimen BN telah hilang keyakinan terhadap Ahmad Zahid Hamidi.

Menyifatkannya sebagai “salah persepsi”, Md Alwi berkata semua ahli Parlimen Umno dan BN masih setia kepada Ahmad Zahid selaku presiden parti dan pengerusi gabungan itu.

“Semua ini salah persepsi. Bukannya 25 (MP) membelakangkan Zahid. Semua ahli Parlimen Umno dan BN taat kepada presiden. Institusi presiden kita tak tergugat.

“Patutnya isu ini (dibincangkan di kalangan) ahli Parlimen dan tak keluar pun.

Terdahulu, Nazri memberitahu Malaysiakini bahawa akuan bersumpah (SD) ditandatangani sebagai ‘akuan mandat 25 ahli-ahli parlimen BN’ kepada Menteri Luar Hishammuddin Hussein sekiranya ahli parlimen Sembrong itu dipanggil menghadap Yang di-Pertuan Agong.

Dia berkata, tindakan itu dibuat kerana dia “tidak lagi percaya” kepada Ahmad Zahid Hamidi setelah dia didakwa menyatakan sokongan kepada Presiden PKR Anwar Ibrahim untuk dilantik menjadi perdana menteri dalam pertemuan dengan Yang di-Pertuan Agong pada Oktober tahun lalu.

Sehari kemudian, Zahid menafikan kenyataan Nazri dan menyifatkannya sebagai “cerita kartun”.

Mengulas lanjut, Md Alwi juga menafikan dakwaan yang Umno kini sudah berpecah kepada tiga kumpulan, seperti yang disebut bekas setiausaha agungnya Annuar Musa dalam wawancara bersama Mingguan Malaysia pada Januari lalu.

“Orang tanya saya, Umno telah dibahagi tiga, saya kata tak. Umno sebenarnya dibahagi kepada 191 bahagian (seluruh negara). Itulah pecahan-pecahan dalam Umno, ikut bahagian, ikut ketua dia.

“Tapi itu bukan pecahan, itu adalah bahagian-bahagian mengikut kawasan parlimen.

“Kemudian bila ada pengundian, masing-masing buat keputusan. Majoriti menang, kita kena terimalah keputusan majoriti. Pada masa ini, presiden yang telah terpilih adalah Zahid Hamidi, dia menang dengan 93 bahagian, itulah presiden Umno, sehingga ada pemilihan yang akan datang,” katanya.

Dia juga menggesa mana-mana pihak dalam Umno untuk tidak memecahbelahkan parti, sebaliknya membuat pilihan dalam pemilihan parti pada masa akan datang.

UMNO parti perjuangan bukan marah-marah


Baca Artikel Menarik :

Layari Laman Facebook MYKMU

 


Pemilihan UMNO akan ditangguh?

Related Articles

Back to top button

Adblock Detected

Please consider supporting us by disabling your ad blocker