Teksi dan e-hailing boleh rentas daerah di Sabah tanpa kelulusan polis

 

Teksi dan e-hailing boleh rentas daerah di Sabah tanpa kelulusan polis. Kenderaan e-hailing dan pemandu teksi di Sabah boleh melakukan perjalanan rentas daerah di Kota Kinabalu, Penampang dan Putatan tanpa mendapatkan kelulusan daripada pihak polis, mulai semalam (23 Jun).

“Jawatankuasa Pengurusan Bencana Negeri COVID-19 Sabah telah mengeluarkan kenyataan mengenai kebenaran rentas daerah meliputi Kota Kinabalu, Putatan dan Penampang kepada perkhidmatan e-hailing dan teksi yang berdaftar dengan e-hailing mengikut SOP Majlis Keselamatan Negara (MKN) tanpa memerlukan surat kebenaran rentas daerah daripada polis yang berkuatkuasa 23 Jun 2021.

“Dalam masa sama, semua operator dan penyedia perkhidmatan pengangkutan awam di Sabah serta Sarawak diingatkan supaya mematuhi SOP khusus yang berkaitan dengan negeri masing-masing,” kata Kementerian Pengangkutan dalam satu kenyataan yang dikeluarkan semalam.

Kementerian berkenaan merujuk kepada laporan pemandu e-hailing di Sabah yang dikenakan notis kompaun pada 12 Jun lalu kerana cuba membawa pekerja sektor perlu di dua sempadan daerah.

Sebelum ini, Menteri Pengangkutan Wee Ka Siong berkata perkhidmatan teksi dan kenderaan e-hailing diklasifikasikan sebagai perkhidmatan penting dan dibenarkan beroperasi dengan kelulusan pihak berkuasa.

Kementerian Pengangkutan berkata pemandu teksi boleh mendapatkan surat kelulusan mereka melalui Sistem Maklumat Industri Logistik (Senyum) Kementerian Pengangkutan, manakala kelulusan untuk pemandu kenderaan e-hailing pula dikeluarkan oleh pengendali atau operator syarikat masing-masing.

Teksi dan e-hailing boleh rentas daerah di Sabah tanpa kelulusan polis

 


Baca Artikel Menarik :

Layari Laman Facebook MYKMU


Related Articles

Back to top button

Adblock Detected

Please consider supporting us by disabling your ad blocker