Israel miliki teknologi laser tembak jatuh drone


Israel miliki teknologi laser tembak jatuh drone

Baitulmaqdis: Tentera Israel kini mendakwa memiliki teknologi laser berkuasa tinggi yang dapat digunakan dalam skala besar, pada masa depan.

Ketua penyelidikan ketenteraan di Kementerian Pertahanan, Brigedier Jeneral Yaniv Rotem berkata, menerusi ujian, teknologi itu dapat menembak jatuh dron.

Katanya, negara itu sudah memiliki sistem pertahanan udara yang besar dan canggih, lapor Tech Xplore.

Menurutnya, ia mempunyai tahap pemantauan 90 peratus terhadap ribuan roket yang ditembak dari Semenanjung Gaza, dalam perang 11 hari pada bulan lalu.

Prototaip yang dibangunkan Elbit Systems, dipasang di pesawat awam dan berjaya menembak jatuh beberapa dron dalam ujian di Laut Mediterranean, baru-baru ini.

“Kemampuan untuk memintas dan menghancurkan serangan dari udara sangatlah hebat,” katanya.

Rotem berkata, Israel adalah antara negara pertama yang menggunakan teknologi seumpamanya.

Dalam ujian baru-baru ini, sistem berkenaan menembak dron pada jarak kira-kira satu kilometer.

Israel berharap dapat menggunakan sistem darat dengan jarak lapan hingga 10 kilometer yang dapat memintas roket, mortar dan dron pada masa depan.

Ribuan roket rejim zionis disasarkan ke penempatan penduduk serta kawasan awam di Semenanjung Gaza, pada bulan lalu.

Ia menyebabkan banyak bangunan yang musnah dan mengorbankan lebih 200 penduduk Palestin. HM

Israel miliki teknologi laser tembak jatuh drone


Baca Artikel Menarik :

Layari Laman Facebook MYKMU


Semak lapor scammer online melalui Idenfic

Related Articles

Back to top button

Adblock Detected

Please consider supporting us by disabling your ad blocker