Pusat beli-belah eCurve Mutiara Damansara tutup operasi 31 Mac ini?

Pusat beli-belah, eCurve, dilaporkan bakal menamatkan operasinya secara rasmi di Mutiara Damansara, Petaling Jaya pada penghujung Mac ini.

Menerusi laporan status yang dikongsikan melalui Facebook Malaysia Shopping Mall, eCurve dipercayai bakal menamatkan operasinya pada 31 Mac ini.

Pastinya, berita itu benar-benar menyedihkan khususnya buat mereka yang sering berkunjung ke pusat gaya hidup yang popular dalam kalangan pengunjung yang tinggal di sekitarnya.



 

Sumber Facebook MYShoppingMalls

 

Lapor Malaysia Shopping Mall lagi, rata-rata pemilik premis perniagaan di situ telah mendapat notis secara lisan dari pihak pengurusan pusat beli-belah berkenaan namun masih belum ada surat rasmi mengenainya.



Bagaimanapun, memetik laporan KL Foodie yang menghubungi seorang penyewa premis di pusat beli-belah itu, mereka mengesahkan kemungkinan itu.

Dalam perkembangan sama, pusat boling Ampang Surperbowl juga telah mengumumkan di laman Facebooknya tentang penutupan operasinya di situ.

Selain itu, kedai The North Face dan Bratpack juga telah mengumumkan bahawa mereka akan membuat promosi jualan perpindahan di premis mereka di eCurve.

Namun buat masa ini, tiada pengumuman rasmi dibuat pengurusan eCurve berhubung berita tersebut atau sama ada ia berbentuk sementara bagi tujuan penjenamaan semula.



Persoalan itu bakal terjawab selepas pengumuman yang dijangka dibuat oleh pengurusan eCurve mengenai rancangan jangka panjang mereka sedikit masa lagi.

Pekerja Mac City Di Pusat Beli-Belah 1 Utama Sah Positif Covid-19



Related Articles

Back to top button

Adblock Detected

Please consider supporting us by disabling your ad blocker