Razlan minta Muhyiddin ketepi ego lihat dari mata hati
Razlan minta Muhyiddin ketepi ego lihat dari mata hati. Seorang pemimpin Umno berkata Muhyiddin Yassin perlu mengetepikan ego dan melihat dengan mata hatinya mengenai realiti kesusahan yang sedang dialami rakyat.
Ahli Majlis Tertinggi Umno Razlan Rafii berkata perdana menteri perlu bertanya kepada diri sendiri apakah wajar dia selesa dengan keadaan sekarang termasuk mengekalkan menteri seperti Azmin Ali dan Hamzah Zainudin.
“Ketepikanlah ego, lihat dari mata hati, tanya pada diri adakah keputusan aku (Muhyiddin) mengekalkan Azmin Ali sebagai menteri menjaga kelulusan kilang masih releven?
“Adakah keputusan aku tak menegur Hamzah Zainuddin yang terus gagal menjaga sempadan daerah, negeri dan negara masih baik?
“Aku ada ramai Menteri, kenapa pendaftaran vaksin masih tak penuh? Adakah aku patut mengekalkan semua menteri dan timbalan menteri aku ini sedangkan rakyat aku diluar sana hilang punca pendapatan dan hidup merana?” soalnya dalam kenyataan media hari ini.
Jelas Razlan hari ini rakyat sedang ‘tenat’ berdepan dengan Covid-19 dan kesan yang dibawanya tetapi Muhyddin masih kelihatan yakin dia tidak perlu melakukan sesuatu dalam kabinetnya.
Ramai yang luahkan perasaan
Dalam keadaan begitu, katanya, rakyat hanya ada cara terakhir iaitu mengadu kepada pihak istana untuk meminta bantuan.
“Wahai rakyat jalan terakhir kita iaitu mengadu kepada istana sudah dilaksanakan, dan istana juga sudah mendengar suara anda.
“Teruslah bertawakal. Kita berusaha menulis, semoga Allah SWT mengetuk pintu hati Muhyddin,” tambah Razlan lagi.
Dalam kenyataan itu juga Razlan mendakwa ramai orang – termasuk penjawat awam – merujuk kepadanya kerana nampak jelas tindakan Muhyiddin menggunakan darurat bagi tujuan lain.
Dakwanya, sehingga hari ini tidak nampak hasil untuk melandaikan angka jangkitan Covid-19 walaupun tempoh sekatan pergerakan penuh (lockdown) memasuki minggu ketiga.
“Ramai yang bersuara berkenaan kaedah lockdown yang dilaksanakan kali ini. Ia bukan seperti yang pertama kali (kerana) kilang-kilang diberi kelulusan secara berleluasa.
“Sehingga semalam kluster kilang bertambah dan semenjak lockdown, kluster ini terus bertambah,” katanya.
Razlan juga menekankan bahawa jumlah korban akibat Covid-19 kini melebih 4,400 orang dan bertanya sama ada kerajaan yakin langkah yang diambil sekarang berkesan mengekang wabak itu atau sebaliknya.
“Bagaimana angka orang yang dibuang kerja, graduan yang tidak bekerja, kadar bunuh diri, peniaga gulung tikar, angka miskin tegar?
“Ini semua adalah masalah yang makin meruncing bagi rakyat jelata untuk mereka meneruskan kehidupan,” katanya yang sebelum ini turut menyenaraikan tujuh menteri yang tidak berfungsi dalam kerajaan PN.
Razlan minta Muhyiddin ‘ketepi ego, lihat dari mata hati’
Baca Artikel Menarik :
- Notis palsu mesyuarat biro politik UMNO
- Remaja jumpa botol plastik berisi nota merentasi lautan Atlantik
- Abdul Wahid Gabenor Bank Negara yang baru?
- Kenyataan YDP Agong Majlis Raja-Raja kemuncak suara rakyat
- Resepi Udang Masak Merah Madu
- Resepi Bubur Pulut Hitam Campur Durian
Layari Laman Facebook MYKMU
You must be logged in to post a comment.