Lelaki miliki bahan pornografi kanak-kanak disambung reman
Lelaki miliki bahan pornografi kanak-kanak disambung reman. Perintah reman seorang lelaki berhubung kes kegiatan mempromosikan pornografi kanak-kanak melalui media sosial dilanjutkan tiga hari lagi.
Ketua Polis Daerah Kajang, Asisten Komisioner Mohd. Zaid Hassan berkata, suspek berusia 19 tahun yang ditahan direman empat hari sejak Khamis lalu itu disambung hingga Rabu ini bagi membantu siasatan.
Pada 16 Jun lalu, lelaki itu ditahan manakala telefon bimbit miliknya dirampas di sebuah rumah di Semenyih di sini.
Telefon itu dikatakan mengandungi gambar dan video untuk tujuan mempromosikan kegiatan tidak bermoral kepada umum serta pihak tertentu.
Kes disiasat mengikut Seksyen 10 Akta Kesalahan-Kesalahan Seksual Terhadap Kanak-Kanak 2017 (Akta 792) dan Seksyen 292 Kanun Keseksaan. – UTUSAN ONLINE
Lelaki miliki bahan pornografi kanak-kanak disambung reman
Baca Artikel Menarik :
- Notis palsu mesyuarat biro politik UMNO
- Remaja jumpa botol plastik berisi nota merentasi lautan Atlantik
- Abdul Wahid Gabenor Bank Negara yang baru?
- Kenyataan YDP Agong Majlis Raja-Raja kemuncak suara rakyat
- Resepi Udang Masak Merah Madu
- Resepi Bubur Pulut Hitam Campur Durian
Layari Laman Facebook MYKMU
PKR kata pandangan Hadi mengenai musuh Islam di Malaysia janggal
You must be logged in to post a comment.