Takut apa parlimen bersidang – Tajuddin


Takut apa parlimen bersidang – Tajuddin

Apa nak takut? Umno tak minat usul undi tidak percaya terhadap Muhyiddin, kata Tajuddin

Umno tidak berminat mengemukakan usul undi tidak percaya terhadap Perdana Menteri, Muhyiddin Yassin jika Parlimen bersidang dalam tempoh terdekat, kata Pengarah Pilihan Raya Umno, Tajuddin Abdul Rahman.

Beliau sebaliknya berkata, parti terbesar itu hanya mahu menumpukan usaha menangani Covid-19 dalam sidang Dewan Rakyat nanti.

“Kerajaan tidak perlu takut dengan usul undi tidak percaya kerana Umno buat kenyataan tidak berminat usulkan undi itu (tidak percaya) kerana kita mahu menumpukan kepada masalah Covid-19.

“Maka, apa nak takut? Semua bagi jaminan begitu, termasuk parti pembangkang. Maka, segerakan sidang Parlimen,” kata Ahli Parlimen Pasir Salak itu menurut laporan Berita Harian.

“Tidak ada yang perlu ditakutkan. Perdana Menteri diberi jaminan semua orang tidak akan ada undi tidak percaya.”

Dalam pada itu, Tajuddin menyokong titah pandangan dizahirkan Yang di-Pertuan Agong, Sultan Abdullah Sultan Ahmad Shah supaya Parlimen harus bersidang segera.

Katanya, Dewan Rakyat perlu bersidang segera bagi memberi peluang kepada Ahli Parlimen memberi pandangan membantu kerajaan ketika pandemik Covid-19.

“Sekiranya Parlimen bersidang segera, saya rasa banyak idea dan cadangan boleh dimanfaatkan untuk membantu kerajaan mengambil tindakan mengatasi masalah Covid-19, rakyat dan ekonomi.

“(Ketika ini) wakil rakyat duduk tengok saja dan hantar barangan makanan, itu saja yang boleh dibuat sebab dalam tempoh darurat,” katanya.

Pengarah Pilihan Raya Umno, Tajuddin Abdul Rahman, berkata sekiranya Parlimen bersidang segera banyak idea dan cadangan boleh dimanfaatkan untuk membantu kerajaan mengambil tindakan mengatasi masalah Covid-19. FMT

Takut apa parlimen bersidang – Tajuddin


Baca Artikel Menarik :

Layari Laman Facebook MYKMU


Pemuda UMNO mahu kerajaan segerakan sidang Parlimen

Related Articles

Back to top button

Adblock Detected

Please consider supporting us by disabling your ad blocker