Sekolah tutup, pengusaha kantin juga perlu dibantu

Sekolah tutup, pengusaha kantin juga perlu dibantu. Mereka tidak dapat beroperasi akibat pandemik Covid-19 perlu mendapat bantuan dan inisiatif daripada kerajaan, kata Timbalan Presiden Umno, Mohamad Hasan.

Mohamad atau lebih dikenali sebagai Tok Mat berkata, Kementerian Pendidikan (KPM) wajar mengecualikan semua sewa premis kantin sekolah sehingga sektor persekolahan benar-benar pulih.

Katanya, keputusan kerajaan untuk membenarkan kanak-kanak berusia 12 tahun ke atas untuk divaksinasi sangat dialu-alukan.

“Begitu juga keputusan untuk mengutamakan pelajar yang akan menduduki peperiksaan umum divaksinasi segera. Semua ini akan mempercepatkan pembukaan sektor persekolahan dan memulihkan sistem pembelajaran dan pengajaran.

“Sementara menunggu semua intervensi tersebut berlaku, janganlah kita lupa kepada sektor sokongan seperti pengusaha kantin sekolah. Lebih 10,000 pengusaha kantin sekolah di seluruh negara sangat terjejas dengan penutupan sekolah.

“Wajar mengecualikan semua sewa premis kantin sekolah sehingga sektor persekolahan benar-benar telah pulih,” katanya di Facebook.

Beliau berkata, kontrak semua pengendali kantin sepatutnya dilanjutkan selama dua tahun, bagi menampung kehilangan peluang dan pendapatan selama hampir dua tahun susulan penutupan sektor persekolahan.

“Pada saat sebegini, apa jua tindakan yang dapat mengurangkan beban rakyat mesti menjadi keutamaan tertinggi kerajaan.”

Terdahulu, media melaporkan sebanyak 10,000 pengusaha kantin sekolah di seluruh negara kini terumbang-ambing berikutan penutupan sekolah sehingga Julai ini.

Ini sekali gus memaksa mereka menutup operasi perniagaan.

Sekolah tutup, pengusaha kantin juga perlu dibantu

 


Baca Artikel Menarik :

Layari Laman Facebook MYKMU


 

Agong ada kuasa panggil ahli Parlimen bersidang bila-bila masa

Related Articles

Back to top button

Adblock Detected

Please consider supporting us by disabling your ad blocker