Walrus popular dimatikan akibat tertekan

Walrus popular dimatikan akibat tertekan

OSLO, NORWAY – Seekor walrus yang popular dalam kalangan pelancong di Norway terpaksa dimatikan oleh pihak berkuasa selepas tertekan akibat perbuatan orang ramai yang sering berswafoto bersama haiwan berkenaan , lapor akhbar Daily Star kelmarin.

Walrus betina bernama Freya itu dikenali ramai kerana sikapnya yang gemar memanjat masuk ke dalam bot untuk bergambar bersama pengunjung.

Meskipun pakar-pakar telah menggesa orang ramai agar menjauhkan diri daripada mamalia itu, semakin ramai pengunjung memenuhi kawasan tersebut.

Keadaan itu menyebabkan walrus seberat 589.6 kilogram itu semakin tertekan dan menjadi ancaman kepada manusia.

Berdasarkan pemantauan pada minggu lalu, Freya jelas menunjukkan tanda-tanda bahawa ia tidak boleh lagi berada hampir dengan manusia meskipun amaran itu tidak dihiraukan oleh orang ramai.

“Pihak direktorat menyimpulkan bahawa kebarangkalian untuk Freya mendatangkan bahaya kepada manusia amat tinggi dan dalam masa sama, kebajikan haiwan itu tidak terjaga.

“Kami telah mempertimbangkan semua penyelesaian dengan teliti, dan mendapati tidak dapat terus memastikan kebajikan walrus itu menggunakan apa-apa cara yang ada.

“Kami amat mementingkan kebajikan haiwan, namun nyawa dan keselamatan manusia adalah penting. Jadi, tindakan (mematikan) itu dijalankan dengan cara paling berperikemanusiaan,” kata Pengarah Perikanan Norway, Frank Bakke-Jensen.

Pihak berkuasa bagaimanapun tidak menjelaskan bagaimana Freya dimatikan.

Walrus tersebut dikatakan tidak berasal dari kawasan itu selepas ia hanya singgah seketika di Norway sebelum berhijrah ke habitat baharu.

Ia juga berkemungkinan dalam perjalanan pulang ke Lautan Artik melalui Norway. K Online

Walrus popular dimatikan akibat tertekan


Baca Artikel Menarik:

Layari Laman Facebook MYKMU.NET


Rider Tersangkut Semasa Tunjuk ‘Kung-Fu’ Di Hadapan Orang Ramai (Video)

Resepi Roti Boy Aroma Kopi Lemak Manis

Kereta F1 Ferrari dikesan diatas jalan raya

Related Articles

Back to top button

Adblock Detected

Please consider supporting us by disabling your ad blocker