Lanjutan darurat : PRN Sarawak jadi alasan?
Lanjutan darurat : PRN Sarawak jadi alasan?
Tiada lagi alasan untuk lanjut darurat, kata penganalisis
Lonjakan kes Covid-19 baru-baru ini, ditambah dengan ekonomi yang lembab, meninggalkan Putrajaya tiada lagi alasan untuk melanjutkan tempoh darurat, menurut penganalisis politik.
Mereka turut menggesa kerajaan untuk tidak menggunakan pilihan raya negeri (PRN) Sarawak sebagai alasan.
Penganalisis Azmi Hassan berkata, rakyat diberitahu tempoh darurat akan ditamatkan pada Ogos dan “mereka sekarang menunggu waktu itu. Tetapi dengan PRN Sarawak akan datang tahun ini, kerajaan boleh menggunakannya sebagai alasan untuk menasihati Yang di-Pertuan Agong supaya melanjutkan tempoh darurat.
“Tetapi ini boleh dibendung jika Agong mengisytiharkan darurat di kawasan tertentu,” katanya.
Penganalisis politik Kenneth Cheng berkata, Perdana Menteri Muhyiddin Yassin memohon agar darurat diisytiharkan pada Januari untuk menangani krisis Covid-19, tetapi angka Covid-19 terus meningkat.
“Kerajaan mungkin sudah kehabisan alasan untuk melanjutkan darurat,” katanya kepada FMT.
Cheng, yang juga ahli jaringan golongan intelektual, Persatuan Agora, berkata kerajaan gagal mencapai matlamatnya, dengan jangkitan Covid-19 tertinggi direkodkan pada hujung Mei.
Mengulas mengenai perjumpaan Raja-raja Melayu yang dijadualkan esok, Cheng berkata, kenyataan-kenyataan lalu menunjukkan bahawa kerabat diraja mahu mengembalikan demokrasi berparlimen tanpa mengenakan darurat.
Katanya, Parlimen sepatutnya bersidang kembali pada September kerana angka Covid-19 dijangka menurun dengan mendadak menjelang waktu itu.
Oh Ei Sun, seorang felo di Institut Hal Ehwal Antarabangsa Singapura, berkata sepanjang darurat, Muhyiddin boleh terus memerintah walaupun sebagai kerajaan minoriti.
“Tanpa darurat, beliau mesti mengundurkan diri atau mengadakan pilihan raya,” katanya kepada FMT.
Oh berkata, Agong mungkin tidak memperkenan pilihan raya umum diadakan di kala wabak.
“Inilah sebabnya mengapa sangat penting agar darurat segera ditamatkan, untuk mengembalikan fungsi demokrasi berparlimen yang sihat,” katanya.
“Sentimen popular ini menentang pelanjutan darurat dan memanggil Parlimen bersidang walaupun dalam tempoh darurat,” katanya. FMT
Lanjutan darurat : PRN Sarawak jadi alasan?
- Kerajaan PN Masih Gagal ‘Bangkrapkan’ Saya – Najib Razak
- Kerajaan Perak bagi telefon pintar percuma buat pelajar
- Resepi filet ikan bakar dengan sos tomato dan parmesan
- Resepi Ayam Goreng Masak Halia
- Nora Soto Padat Terbaik Di Lembah Kelang
- Kemunculan durian Tupai King
Layari Laman Facebook MYKMU NET