Sindiket tawar komisen atas pelaburan belian online

Sindiket tawar komisen atas pelaburan belian online

Sindiket tawar komisen atas pelaburan belian online

ALOR SETAR – Polis Kedah mengesan modus operandi (MO) baharu sindiket penipuan pelaburan menerusi pembelian barangan secara dalam talian di portal beli-belah membabitkan kerugian hampir RM300,000 sejak hujung bulan lalu.

Ketua Jabatan Siasatan Jenayah Komersial Kedah, Superintendan Elias Omar berkata, dua mangsa yang diperdaya sindiket itu ialah tukang besi berusia 27 tahun dan pembantu kedai berusia 29 tahun.

Katanya, tukang besi dan pembantu kedai terbabit masing-masing mengalami kerugian RM179,154 dan RM119,897.

“Kejadian berlaku apabila tukang besi tersebut menerima link melalui aplikasi WhatsApp yang menawarkan komisen daripada pembelian barangan menerusi portal tersebut pada 9 Jun lalu.

“Mangsa menekan link itu seterusnya dia diminta melakukan tangkap layar dan menghantar semula gambar barangan dalam portal beli-belah itu ke satu nombor telefon diberikan,” katanya dalam satu kenyataan di sini hari ini.

Menurutnya, mangsa seterusnya ditawarkan komisen atas wang pembelian barangan yang mana mangsa akan mendapat kembali wang dilaburkan beserta komisen.

“Lelaki itu terpedaya selepas menerima kembali wang pembelian barangan pada hari yang sama menerusi tiga transaksi pembayaran ke dalam akaun sebuah bank.

“Dia juga mendapat komisen RM3.65 atas kos pembelian barangan bernilai RM73.70, RM39.15 bagi barangan bernilai RM783.10 dan RM23.49 bagi barangan bernilai RM469.80,” ujarnya.

Ujar beliau, mangsa membuat enam lagi transaksi pembayaran secara online antara 10 Jun hingga semalam ke dalam tiga akaun bank berbeza berjumlah RM179,154 menggunakan wang simpanan untuk mendapatkan lebih banyak komisen.

“Mangsa bagaimanapun tidak mendapat komisen serta wang pelaburan dan menyedari ditipu sebelum membuat laporan polis di Balai Polis Kota Setar semalam,” jelasnya.

Tambahnya, seorang lagi mangsa iaitu pembantu kedai rugi RM119,897 akibat diperdaya sindiket penipuan yang menggunakan modus operandi sama pada 31 Mei lalu. K Online

Sindiket tawar komisen atas pelaburan belian online


Layari Laman Facebook MYKMU NET


Guru mangsa Love Scam kerugian RM63,440

Related Articles

Back to top button

Adblock Detected

Please consider supporting us by disabling your ad blocker