Guna aset udara hantar bantuan ke Labuan, kata Najib

Guna aset udara hantar bantuan ke Labuan, kata Najib

Guna aset udara hantar bantuan ke Labuan, kata Najib

Najib Razak mendesak kerajaan menghantar bantuan ke Labuan susulan barang keperluan kehabisan stok akibat pembelian panik menjelang sekatan pergerakan penuh di situ mulai Selasa.

Najib berkata, ini masanya untuk kerajaan menggunakan kuasa darurat, dengan menggunakan pengangkutan udara untuk membekalkan barang keperluan kecemasan ke Labuan.

Beliau mendesak kerajaan menggunakan kuasa darurat menggerakkan aset milik Tentera Udara Diraja Malaysia (TUDM) seperti pesawat Hercules, Airbus A400m, helikopter TUDM atau swasta untuk membekalkan barang keperluan semasa kawalan pergerakan dua minggu itu.

“Kapal terbang Hercules dan Airbus A400m mampu angkat kereta perisai tapi tak boleh angkat ubat, telur, sayur dan daging ke?” soalnya dalam catatan Facebook hari ini.

Menurutnya, pesawat itu boleh mengambil barangan keperluan dari lokasi tertentu di Sabah dan menurunkannya di landasan di Lapangan Terbang Labuan tanpa sebarang interaksi dengan penduduk.

Penduduk kemudian boleh datang mengagihkan bekalan itu selepas kapal terbang berlepas semula, katanya.

Terdahulu, Pengerusi Majlis Penduduk Labuan, Mohd Dzulfaizal Abd Manan, berkata dengan penutupan sementara kebanyakan pasar raya dan pasar raya besar (untuk kerja-kerja sanitasi Covid-19), pengguna tiada pilihan selain menyerbu ke kedai runcit berdekatan dan kawasan perumahan masing-masing.

Ini menyebabkan peruncit barangan perlu berdepan situasi kekurangan stok.

Dzulfaizal berkata antara barang keperluan yang kekurangan stok termasuk beras, minyak masak, telur dan gula.

“Sekatan rentas negeri berterusan yang ketat di Sabah-Labuan-Sabah, yang mewajibkan pembawa barang menjalani ujian reaksi rantai polimerase (PCR), sebelum memasuki Labuan, juga menyumbang kepada kekurangan stok barangan keperluan di pulau bebas cukai ini,” katanya.

Sekatan pergerakan penuh 14 hari, mulai 15 hingga 28 Jun depan melibatkan lokaliti di pusat bandar (kecuali Kompleks Taman Kewangan), Kampung Sungai Keling, Simpang Sahari, Kampung Bukit Kalam, perkampungan perairan Kg Patau-Patau 1 dan 2. FMT

Guna aset udara hantar bantuan ke Labuan, kata Najib


Baca Artikel Menarik :

Layari Laman Facebook MYKMU NET


Nourul sekeluarga bakal berhijrah ke luar negara

Related Articles

Back to top button

Adblock Detected

Please consider supporting us by disabling your ad blocker