Resepi Kari Ayam Kapitan

Resepi Kari Ayam Kapitan
Resepi Kari Ayam Kapitan

Bahan A – Perap

1 1/2 kg ayam – potong 12 dengan kulit
1/2 sudu besar serbuk kunyit
4 sudu kecil garam
1 sudu kecil minyak jagung

Bahan B – Kisar

2 labu bawang besar
13 biji bawang merah
4 ulas bawang putih
1/2 inci halia
Dan 1/2 inci lengkuas
1/2 inci kunyit hidup
6 biji buah keras
1 helai daun limau purut
3 batang serai
4 sudu besar cili kisar – 20 tangkai cili kering
Belacan – tak letak
4 sudu besar minyak sayuran

Bahan C

1 biji kelapa – santan pekat
1sudu besar asam jawa
3 helai daun limau purut
2 sudu kecil gula Melaka

Bahan D- Hiasan

Bawang goreng
Daun limau purut – hiris halus
Cili merah – hiris halus

Cara cara:

  1. Perap ayam dengan serbuk kunyit, garam dan sedikit minyak sayuran selama 30 minit. Selepas 30 minit, deep fry ayam sehingga kulit bertukar warna keperangan. Angkat dan ketepikan.
  2. Nota: Saya tak goreng ayam terlebih dahulu.
  3. Semua bahan B dipotong kecil dan dikisar bersama sedikit minyak sehingga halus.
  4. Panaskan minyak dan tumis bahan kisar sehingga wangi dan terbit minyak dengan api perlahan. Masukkan ayam dan kacau rata. Masak sehingga air ayam kering dan bahan terbit minyak.
  5. Masukkan santan dan kacau rata. Masukkan pula daun limau purut, air asam jawa dan gula Melaka.
  6. Perlahankan api dan renihkan selama 20 minit sehingga ayam benar benar masak. Sesuaikan rasa. Tambah mana mana yang perlu.
  7. Angkat dan tabur bawang goreng, cili merah hiris dan hirisan daun limau purut. Sedia untuk dinikmati.

Azie Kitchen

Resepi Kari Ayam Kapitan


Baca Artikel Menarik :

Layari Laman Facebook MYKMU NET


Resepi omelet tuna gulung yummy

Related Articles

Back to top button

Adblock Detected

Please consider supporting us by disabling your ad blocker