Khabar angin? Maaf tidak berminat – Hishammuddin

Sebaran :

PETALING JAYA: Datuk Seri Hishammuddin Tun Hussein menyangkal laporan sebuah portal yang mengaitkan dirinya bakal diangkat sama ada sebagai Timbalan Perdana Menteri atau Perdana Menteri.

Menteri Luar itu menyifatkan perkara tersebut sebagai khabar angin yang tidak berasas.

“Tidak berminat dengan berita khabar angin itu. Fokus saya ketika ini adalah kepada isu pandemik Covid-19 serta memperkukuhkan ekonomi,” kata Menteri Luar itu menerusi ciapan di Twitter semalam.

Sejak malam kelmarin, beberapa portal memainkan isu kononnya ada cubaan mendapatkan sokongan ahli-ahli Parlimen UMNO bagi memberikan sokongan kepada Hishammuddin untuk diangkat sebagai Timbalan Perdana Menteri.

Portal berkenaan mendakwa, beberapa bulan selepas ini, Perdana Menteri, Tan Sri Muhyiddin Yassin pula akan berundur dan akan memberi laluan kepada Hishammuddin.
Terdahulu, PKR mendakwa, ada gerakan pihak tertentu yang sedang cuba mendapatkan SD daripada ahli-ahli Parlimen untuk mendapat jawatan dalam Kerajaan Pusat.

Bercakap kepada Utusan Malaysia, Pengarah Komunikasi Parti Keadilan Rakyat (PKR), Fahmi Fadzil berkata, Hishammuddin belum mempunyai kredibiliti untuk menjadi Perdana Menteri sekali gus dilihat seperti cuba mendahului pemimpin-pemimpin lain dalam UMNO.

Beliau berkata, Hishammuddin yang didakwa sedang berusaha untuk mendapatkan SD harus memberi penjelasan lanjut.

“Ketika ini, Hishammuddin tidak memegang jawatan dalam UMNO dan merupakan lantikan dalam Barisan Nasional (BN) iaitu sebagai Bendahari Agung.

“Jadi, ini adalah satu perkara yang agak janggal kerana seseorang itu haruslah memegang jawatan tertinggi dalam parti dan dengan itu kita tahu beliau mempunyai asas untuk mengutarakan satu pendirian bagi pihak parti.

Takiyuddin Bidas Semula Azalina, ‘bukan alih tiang gol’

“Bagi saya, penafian yang beliau buat menerusi laman Twitter sangat lemah dan seharusnya beliau menghadap isu ini secara terang-terangan dan memberi satu penjelasan,” katanya ketika dihubungi.

Fahmi berkata demikian kerana maklumat yang dikeluarkan portal itu agak khusus dan terperinci dan ini bukan sahaja melibatkan isu politik negara tetapi tanpa penafian lebih keras membawa maksud perkara itu memang sedang berlaku.
Khabar angin itu mengatakan ahli-ahli Parlimen itu berbuat demikian dengan dakwaan kononnya mereka telah mendapat ‘restu’ Yang di-Pertuan Agong, Al- Sultan Abdullah Ri’ayatuddin Al-Mustafa Billah Shah.

Tambah Fahmi, usaha yang lebih holistik haruslah dilakukan supaya keadaan negara yang semakin kritikal dapat diperbetulkan.

“Kalau tidak ada satu usaha menyeluruh maka kita akan kekal di takuk sama dan tidak akan ada perubahan terutama pada nasib rakyat dan yang agak mengejutkan adalah pada ketika Seri Paduka sedang bertemu dengan ketua-ketua parti, usaha untuk meraih sokongan ahli-ahli Parlimen dengan menggunakan nama Seri Paduka, bagi saya adalah satu perkara yang tidak patut berlaku.

“Menggunakan nama Seri Paduka itu satu tindakan mementingkan diri. Ini adalah cubaan mengambil kesempatan untuk meraih habuan dan ini sangat menyedihkan kerana rakyat merana dengan jumlah kematian yang tinggi setiap hari serta jumlah kes Covid-19 yang masih tinggi, usaha seperti ini sangat tidak patut,” jelasnya. – UTUSAN

 

Khabar angin? Maaf tidak berminat – Hishammuddin


Baca Artikel Menarik :

Layari Laman Facebook MYKMU NET


Ibu dalam pantang dukung bayi, pimpin anak, lari daripada kebakaran

 


Sebaran :

Leave a Reply