Jejak Kasih: 58 tahun Terpisah [VIDEO]

Jejak Kasih: 58 tahun Terpisah [VIDEO]

Jejak Kasih: 58 tahun Terpisah [VIDEO]

Beijing: Impian seorang bapa untuk bertemu anaknya yang terpisah 58 tahun lalu menjadi kenyataan, Selasa lalu.

Pertemuan dua beranak itu, Luo, 90 dan Fu, 60, berlaku di Zaozhuang di wilayah Shandong, utara China.

Jejak Kasih: 58 tahun Terpisah [VIDEO]



Luo terpisah dengan anak lelakinya di sebuah stesen kereta api Xuecheng pada 1963, selepas terlepas pandang ketika sedang menunggu kereta api di stesen itu.

Ketika kejadian, Fu hanya berusia dua tahun.

Gambar dan video pertemuan menyayat hati itu dikeluarkan Jabatan Keselamatan Umum bandar berkenaan.



Menurut laporan media tempatan, ketika kejadian, dia tidak menyedari anaknya hilang kerana mereka pada mulanya berpegangan tangan sepanjang berada di stesen itu.

Namun, dia berasa sesuatu yang tidak kena sebelum menyedari kehilangan anaknya.

Jejak Kasih: 58 tahun Terpisah [VIDEO]

Fu dipercayai dilarikan kumpulan penyeludup manusia yang membawa budak itu ke Shanghai, sebelum dijaga keluarga angkat.



Luo dan keluarga berusaha mencari Fu sejak bertahun lamanya menggunakan pelbagai cara termasuk akhbar dan internet.

Pada 2015, Jabatan Keselamatan Umum di Zaozhuang menjalankan siasatan khas menggunakan teknologi asid deoksiribonukleik (DNA) terkini yang diperluas ke wilayah lain.

Siasatan kemudiannya berjaya mengesan Fu pada 1 Jun lalu selepas profil DNA dua beranak itu sepadan sebelum membawa kepada pertemuan dua beranak itu.-China News Today

Jejak Kasih: 58 tahun Terpisah [VIDEO]


Baca Artikel Menarik :



Layari Laman Facebook MYKMU NET


Farid Kamil tak pernah takut dan malu

 



Related Articles

Leave a Reply

Back to top button

Adblock Detected

Please consider supporting us by disabling your ad blocker